SIARAN AKHBAR
Hari Raya Aidil Fitri tahun 2016 dijangka jatuh pada 06 Julai iaitu pada hari Rabu. Bermula 01 Julai, perantau akan pulang ke Kelantan secara berperingkat dan dijangka mencapai kemuncak pada 5 Julai malamnya.
Merujuk statistik yang didapatkan daripada konsesi tol Anih Berhad untuk Lebuhraya Pantai Timur (ECE), Plaza Tol Bentong mencatatkan pertambahan kenderaan sebanyak melebihi 300 ribu berbanding dengan hari biasa dari 10 – 16 Julai 2015 iaitu seminggu sebelum Aidil Fitri 2015. Anih Berhad menjangkakan 40% dari pertambahan ini adalah menuju ke Kelantan.
Berdasarkan kemasukan kenderaan ini, dijangkakan permintaan bekalan air bagi domestik di Kelantan dijangka akan meningkat hingga 30% berbanding dengan waktu bukan musim perayaan.
Ini akan menjadikan bekalan air akan mengalami gangguan terutama mengalami tekanan rendah yang ketara. Namun begitu Air Kelantan Sdn Bhd telah dan akan bersedia dengan beberapa tindakan untuk memastikan gangguan yang berlaku adalah minima. Antaranya;
1. Tidak ada sebarang kerja-kerja selenggaraan berjadual bermula dari 30 Jun hingga 15 Julai nanti samada bahagian paip agihan atau Pengeluaran di Loji.
2. Menyediakan stok barangan dan peralatan terutama bagi tujuan penyelenggaraan kecemasan sekiranya berlaku semasa perayaan ini.
3. Memaklumkan kepadaTenaga Nasional Berhad kepentingan kawasan-kawasan utama seperti Loji agar diberikan perhatian khusus semasa perayaan supaya tiada gangguan bekalan eletrik .
4. Cuti bagi kakitangan tertentu dibekukan dan dibuat giliran bercuti.
5. Menyediakan tangki air statik dikawasan yang dijangkakan mengalami masalah bekalan air.
6. Selain dari Lori tangki AKSB, AKSB juga akan menyewa lori-lori kecil untuk digunakan menghantar air mengunakan tangki kecil.
Sehubungan itu, pengguna digalakkan membuat simpanan air yang lebih awal serta berhemah dalam penggunaan air bagi sama-sama memastikan secara umumnya penduduk mendapat bekalan air yang cukup untuk meraikan Aidil Fitri
Untuk sebarang pertanyaan pengguna boleh hubungi PINTAS 1-300-88-2572
Sekian
Dato’ Haji Hanifa Bin Ahmad
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrasturuktur,
Utiliti dan Teknologi Maklumat