Persiapan Ijtima’ Antarabangsa berjalan lancar

webmaster

PERSIAPAN  terakhir untuk progran Ijtima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah berjalan lancar.

Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, berkata pihaknya yakin dalam tempoh seminggu itu persiapan akan siap dalam tempoh yang ditetapkan.

“Insya-Allah dalam seminggu ini  kita akan perkemaskan segala persiapan.

“Kelantan bersedia menerima kunjungan tetamu dari dalam dan luar negara sebagaimana yang dijadualkan,” ujarnya.

Beliau memberitahu, dijangkakan 100,000 orang akan hadir mengikuti program khasnya malam terakhir program ini.

Beliau seterusnya memberitahu seramai 300 orang peserta luar negara akan hadir untuk program konferens dakwah dan 500 pula nadhwah ulama akan hadir.

Jelasnya, kesemua mereka akan diraikan oleh Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob pada majlis makan malam pada malam kedua.

Menyentuh tentang kenapa Kelantan dipilih menjadi tuan rumah kepada program itu, beliau memberitahu Kesatuan Ulama Sedunia yang membuat keputusan.

Katanya, pemilihan itu mungkin kerana  Kelantan satu-satunya negeri yang ditadbir secara Islam.

“Awalnya bukan Kelantan yang dipilih sebagai tuan rumah, tetapi mereka yang membuat keputusan,” jelasnya lagi.

Che Abdullah turut memberitahu, sebanyak 25 buah negara akan menghantar wakil mereka untuk mengikuti program Nadwah Ulamak.

Katanya, antaranya negara yang menghantar wakil termasuklah Tunisia, Indonesia, Timor Leste, Singapura, Jepun, Korea, India, Nepal, Bangladesh, Pakistan, Sudan, dan Philipina.

Jelasnya, seramai 25 pimpinan dan ilmwuan akan mewakili negara-negara berkenaan memenuhi program tersebut yang diadakan selama tiga hari. – HARAKAHDAILY 14/7/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Peguam sedia beri penjelasan isu karbon kredit

ANGGOTA parlimen Kota Bharu sedia memberi penjelasan kepada Adun Salor, Datuk Husam Musa mengenai memorandum perjanjian kerajaan negeri dengan sebuah syarikat berkaitan karbon kredit. Datuk Takiyuddin Hassan berkata, langkah tersebut bagi memberi penjelasan terhadap dakwaan tidak berasas seperti dicanang Adun terbabit pada persidangan Dewan Undangan Negeri minggu lepas. Katanya, terdapat […]

Subscribe US Now