Persiapan menjelang Hari Wukuf

webmaster

MEKAH: Hanya sembilan hari lagi menjelang Hari Wukuf,  sebagai bermulanya ibadat yang ditunggu jutaan jemaah haji.

Bermula di Padang Arafah pada 8 Zulhijjah jemaah haji membuat persiapan untuk hadir sebagai menyempurnakan rukun haji.

Kemudian jemaah haji bergerak ke Muzdalifah pada malam 10 Zulhijjah bagi mengutip anak batu.

Pada hari yang sama jemaah haji akan ke Mina bagi melontar Jumrah Qubra sebelum mendapat tahalul awal.

Di Arafah dan Mina persiapan bagi menyambut jemaah haji sedang rancak dijalankan.

Kerja-kerja memasang khemah sedang dijalankan. Deretan khemah yang memutih kelihatan dari jauh.

Semalam rombongan terakhir jemaah haji Malaysia dibawa melawat Padang Arafah, Mina dan tempat-tempat bersejarah lain di Makkah.

Dalam perkembangan berkaitan pemerintah Arab Saudi melarang menggunakan gas cecair di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Ketua Komite Tinggi Haji Pangeran Muhammad bin Nayif bin Abdul Aziz Alu Sa’ud mengeluar arahan tersebut termasuk dalam bangunan dan khemah.

Sementara itu rombongan jemaah haji dari seluruh dunia semakin ramai tiba di sini.

Bas-bas dan kenderaan membawa jemaah haji boleh dilihat di semua jalan-jalan utama. Hotel dan tempat penginapan hampir penuh. –HARAKAHDAILY 2/9/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

‘Tempat itu tidak wujud’

KUALA KRAI – Penduduk setempat mendakwa tidak pernah mendengar nama Pusat Cembong Batu Nang yang didakwa menjadi tempat UFO berlegar, sebaliknya hanya diketahui setelah isu itu viral di laman sosial. Sihabidin Yusof, 62, dari Bukit Sireh berkata, dia kali pertama mendengar nama lokasi tersebut sepanjang 32 tahun menetap di Kuala […]

Subscribe US Now