Persiapan Perkhidmatan Bekalan Air Kelantan di Musim Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2020

webmaster

YB Tn. Hj. Abdul Rahman Bin Yunus, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti mengetuai Mesyuarat Jawatankuasa Induk Majlis Tindakan Air Jajahan (MTAJ) Kali Pertama Bagi Tahun 2020 pada pagi ini.

MTAJ secara rasminya telah ditubuhkan pada 6 Mac 2019 bertujuan sebagai platform Kerajaan Negeri Kelantan dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan bekalan air khususnya di waktu kemuncak seperti menjelang Musim Perayaan Aidilfitri, Aidiladha dan Tahun Baru Cina yang semestinya mempunyai permintaan bekalan air yang tinggi.

Satu task force khusus bagi menghadapi musim perayaan Tahun Baru Cina ditubuhkan di bawah AKSB. Ia sebagai usaha Kerajaan Negeri untuk memastikan bekalan Air Kelantan dapat digunakan sebaik mungkin pada musim perayaan ini. Di antaranya melalui langkah:

1. Penambahan tangki-tangki statik iaitu sebanyak 245 Tangki Statik yang mempunyai kapasiti 500 – 1,500 Gelen di pelbagai tempat yang kritikal (Peningkatan 15 Unit berbanding Ogos 2019 atas permintaan)

2. 9 buah lori tangki air yang telah lengkap diservis

3. Syif pemandu yang lebih teratur dan efisien

4. Lori tangki mudah alih yang bersiap sedia

5. Standby team bagi kerja-kerja baikpulih paip pada waktu kemuncak jika terdapat kebocoran dan aduan disegerakan melalui bantuan penghulu-penghulu mukim di jajahan.

6. Pencucian/ servis loji air dan pemasangan pam baru dibuat awal untuk memastikan loji berfungsi sebaik mungkin.

Berikut juga disenaraikan semula Pengerusi-pengerusi MTAJ yang telah dilantik.

Jajahan Kota Bharu Utara dipengerusikan ADUN Tanjung Mas, YB Rohani Ibrahim; Kota Bharu Timur ADUN Pasir Tumboh, YB Ustaz Abdul Rahman Yunus dan Kota Bharu Selatan ADUN Bunut Payong, YB Dato’ Dr. Ramli Mamat.

Sementara ADUN Tawang, YB Ustaz Dato’ Hassan Mohamood bagi jajahan Bachok; Pasir Mas ADUN Tendong, YB Rozi Muhammad dan Tanah Merah ADUN Bukit Panau, YB Dato’ Abdul Fattah Mahmood.

Machang dipengerusikan oleh ADUN Pulau Chondong, YB Ustaz Azhar Salleh; Kuala Krai ADUN Guchil, YB Hilmi Abdullah; Tumpat ADUN Kelaboran, YB Mohd Adanan Hassan dan Pasir Puteh ADUN Limbongan, YB Mohd. Nazlan Mohamed Hasbullah.

Manakala jajahan Jeli dipengerusikan oleh Penyelia DUN Ayer Lanas dan Gua Musang Penyelia DUN Paloh.

Semoga usaha-usaha ini diberkati Allah dan berjalan dengan lancar. Turut sama dalam mesyuarat adalah YB Dato’/ YB Pengerusi-pengerusi MTAJ dan Pengarah Jabatan Air Negeri Kelantan.- FB DATO’ SR. HAJI AZAMI MOHD NOR 21/01/2020

Pautan :- https://www.facebook.com/188422404641141/posts/1545339552282746/

Ikuti info semasa YB Dato’ Azami di:

👍 Like Page : https://facebook.com/azamimnor/
✅ Follow IG : http://www.instagram.com/azami_mnor
🐦 Follow Twitter: http://www.twitter.com/azami_mnor

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

RM50,000 UNTUK EXCO, “HABIS KUT TENGAH JALAN JER”

1. Heboh satu Malaya apabila “netizen” menunjukkan kemarahan kepada Kerajaan Kelantan berkaitan wang RM50,000 yang diberikan secara “pemberian khas” kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. 2. Saya menulis saat ini bukanlah untuk memberi jawapan kepada isu dan polemik yang sedang berlaku. Ianya sekadar coretan peribadi akan gerak kerja wakil-wakil rakyat […]

Subscribe US Now