Persidangan bentang 90 kertas kerja

webmaster

KOTA BHARU: Sebanyak 90 kertas kerja berkaitan pendidikan Islam akan dibentang pada Persidangan Antarabangsa Pendidikan Islam pada 4 dan 5 November ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains Dan Teknologi negeri, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, program tersebut merupakan agenda tahunan dianjurkan di Kelantan.

“Ini merupakan amalan setiap tahun kerajaan negeri. Tahun ini merupakan kali keenam. Persidangan diselang-selikan setiap tahun antara peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” katanya di sini.

Menurutnya juga pihak penganjur menjemput tujuh pakar pendidikan bagi membentangkan isu-isu yang berkaitan pendidikan Islam pada persidangan tersebut.

Seminar dua hari itu akan diadakan di Hotel Grandriver View dan dijangka dirasmikan Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob.

Menurut beliau juga usaha persidangan tersebut diadakan bagi mengambil manfaat tenaga pakar tempatan dan antarabangsa untuk dilaksanakan dalam sektor pendidikan Islam di Kelantan. – HARAKAHDAILY 1/11/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8600-90-kertas-kerja-di-persidangan-pendidikan-islam

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Royalti: Akui akan dibayar sebelum berakhir 2018

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Amiruddin Hamzah akhirnya terpaksa mengakui bahawa royalti petroleum kepada Kelantan akan dilangsaikan sebelum tahun 2018 berakhir. Perkara itu dinyatakannya setelah diasak dengan pertanyaan dari Ustazah Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS – Rantau Panjang) dan Dato’ Che Abdullah Mat Nawi (PAS – Tumpat) pada Sidang […]

Subscribe US Now