Persidangan Dun Belia catat sejarah

webmaster

KOTA BHARU: Kelantan mencatat satu lagi sejarah apabila berjaya mengadakan Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Belia Kelantan yang berakhir semalam.

Seorang wakil belia berucap pada persidangan Dun Belia.

Persidangan itu akan diadakan dua kali setahun. Program julung kali tersebut disertai 45 belia yang mewakili kawasan Dun.

Perasmian disempurnakan Timbalan Speaker Dun Dato’ Abdul Fattah Mahmood Sabtu lepas, yang turut membaca perutusan Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob.

Program itu dianjurkan dengan gandingan Urusetia Belia dan Sukan dan Pejabat Dun Kelantan.

Persidangan Dun Belia menerima cadangan ahli supaya diperluaskan program Generasi Sejahtera Kelantan (Gentera) bagi membangun kepimpinan belia di Kelantan.

Selain itu memperkasakan program pembangunan belia bagi memperkukuhkan jati diri dan rohani belia.

Anggota parlimen Pasir Mas Ustaz Ahmad Fadhli Shaari dan Adun Chetok Zuraidin Abdullah bertindak sebagai speaker persidangan tersebut. – HARAKAHDAILY 29/4/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10836-persidangan-dun-belia-catat-sejarah

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam 4 Mei

KUALA LUMPUR: Melihat kepada perkembangan negara yang banyak memberikan ancaman kepada kedaulatan agama dan negara, Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) bersama 300 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan mengadakan satu Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam pada 4 Mei ini. Menurut Timbalan Pengerusi, Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Kamaruzaman Mohamad berkata, himpunan tersebut bakal menyentuh isu […]

Subscribe US Now