PERSIDANGAN DUN BELIA KELANTAN ALA KONGRES

webmaster
Nasrudin Mahmud Muhaidin menyampaikan taklimat persidangan Dun Belia.

OLEH MUHAMMAD ARIF ISMAIL

KOTA BHARU: Sebanyak lima usul bakal dibentang pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Belia yang akan diadakan selama dua hari bermula 22 September ini.

Pengarah Urusetia Belia dan Sukan (U-Bes) Ustaz Nasruddin Mahmud Muhaidin berkata, bagi penggal pertama sesi kedua tahun ini menjadikan Dun di Kompleks Kota Darulnaim sebagai lokasi persidangannya.

Seramai 45 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Belia akan menghadiri persidangan itu yang lebih berkonsep kongres kerana tiada pihak kerajaan atau pembangkang.

“Usul-usul diundi secara atas talian. Usul terbabit dikemukakan lima jawatankuasa yang masing-masing dianggotai seramai sembilan ahli.

“Mereka mengemukakan 10 usul untuk diundi dan dipilih hanya lima usul. Setiap jawatankuasa menghantar usul untuk diundi Adun belia secara atas talian dan akan dibentang, dibahas serta digulung ketika persidangan,” katanya di sini.

Menurutnya juga sesi ucapan pengulungan akan dilakukan pegawai-pegawai khas Exco yang berkaitan portfolio usul dikemukakan.

Speaker Dun Belia Kelantan akan dipengerusikan Adun Chetok, Zuraidin Abdullah yang juga Timbalan Exco Belia, Sukan dan NGO.

Persidangan pertama Dun Belia Kelantan, merupakan julung kali diadakan di Dewan Bunga Raya Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam pada akhir April lepas. – HARAKAHDAILY 18/9/2019

Sumber: https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/13149-persidangan-dun-belia-kelantan-ala-kongres

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

PERSIDANGAN DUN BELIA KELANTAN DITUNDA

OLEH HARAKAHDAILY KOTA BHARU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Belia yang sepatutnya diadakan selama dua hari bermula Ahad ini ditangguh kerana masalah teknikal. Pengarah Urusetia Belia dan Sukan (U-Bes) Ustaz Nasruddin Mahmud Muhaidin berkata, kerja-kerja membaiki Dewan Undangan Negeri Kelantan belum selesai sepenuhnya. “Tarikh baru akan dimaklumkan kemudian oleh Speaker […]

Subscribe US Now