Pertahan pemerintahan bermanhaj nubuwwah

webmaster

PEMERINTAHAN seperti yang dilaksanakan oleh Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan konsep “Membangun Bersama Islam” adalah contoh penggunaan manhaj nubuwwah.

Perkara itu dinyatakan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin ketika berucap pada penutup Pidato Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Program itu adalah kemuncak Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-4 (Rantau Asia) yang menghimpunkan sekitar 100,000 hadirin padat dalam dan luar stadium.

Jelasnya, manhaj nubuwwah itu adalah pemerintahan pertama Islam yang dilaksanakan Baginda Nabi Muhammad S.A.W.

Kini, katanya konsep dilaksana Tuan Guru Nik Aziz dikekalkan oleh Ustaz Datuk Ahmad Yakob hingga sekarang tanpa mengubahnya.

Beliau berkata, kehadiran ramai yang ditunjukkan pada program itu jelas bahawa rakyat Kelantan dan hadirin dari luar mahu terus mengekalkan pemerintahan Islam di negeri itu.

“Oleh itu, kita terpaksa bekerja dengan lebih keras untuk Islam dan kembalikan semula kepada ajaran Islam yang dituntut.

“Islam mula tersebar dalam keadaan dagang yakni asing dan ia akan kembali asing. Maka, beruntunglah orang-orang yang asing,” ujarnya membacakan hadis dari Abu Hurairah R.A itu.

Beliau dalam ucapan itu menghurai mengenai perkhabaran gembira dibawa oleh Nabi SAW mengenai hadis tersebut yang mempertahankan sunnah peninggalan Rasulullah SAW.

Beliau menutup ucapan melabuh tirai program tiga hari itu dengan merakamkan penghargaan tahniah kepada Kerajaan Negeri Kelantan serta pengorbanan seluruh petugas atas penganjuran tersebut. (http://ijtimak.asia)

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pengorbanan petugas dihargai kerajaan negeri

KERAJAAN negeri menghargai pengorbanan semua pihak bagi menjayakan Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) kali keempat yang berakhir malam Ahad lepas. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Ijtimak, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak terlibat menjayakan program peringkat antarabangsa terbabit. “Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak […]

Subscribe US Now