Pertahan pendirian Kelantan tolak UEC

webmaster

BACHOK: Rakyat Kelantan menyifatkan keputusan kerajaan negeri tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) yang dilaksana di 61 sekolah persendirian Cina sebagai tepat.

Mohd Napi Mohd Nawi berkata, dasar pendidikan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 sudah mampu membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu.

Katanya, pendirian tegas kerajaan Kelantan merupakan satu langkah yang tepat bagi memastikan rakyat mengikuti dasar pendidikan negara sahaja.

“Pendirian berani itu saya sangat setuju, malah dasar UEC tidak sesuai untuk dilaksanakan dalam sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum.

“Memang tidak salah orang Melayu, Cina, India dan lain-lain menuntut hak mereka, tetapi tuntutan ini mestilah tidak bertentangan dengan dasar yang diamalkan di negara kita,” katanya.

Baru-baru ini Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob menegaskan kerajaan Kelantan yang tidak mengiktiraf UEC bagi mempertahankan kedaulatan bahasa Melayu.

Sebelum ini Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching dilapor memberitahu kerajaan akan mengiktiraf UEC selaras dengan manifesto PH pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Muhamad Zainudin Abdullah juga sependapatan dengan Mohd Napi sambil menegaskan kerajaan sebelum ini pun pernah menolak pelaksanaan UEC dalam sistem pendidikan negara. – HARAKAHDAILY 31/7/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/7604-pertahan-pendirian-kelantan-tolak-uec

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Anak Kelantan bakal ‘tawan’ Burj Khalifa

KOTA BHARU: Jaguh marathon negara, Mejar (Kehormat) Dr Suwaibah Mohd Nasir berhasrat membawa imej Kelantan dan Malaysia ke peringkat dunia. Katanya, bendera Kelantan akan dibawa bersama bendera World Peace di menara yang bakal beliau jejaki. “Impian saya dalam menyatakan suara keamanan ini bukan hanya untuk peringkat Malaysia, sebaliknya peringkat dunia. Silakan […]

Subscribe US Now