Pertandingan dikir dakwah kebangsaan

webmaster

SEBELUM ini jarang kita mendengar ada pertandingan dikir berbentuk dakwah kecuali persembahan nasyid sahaja.

Namun sempena Festival Kesenian Dakwah dan Halal Kelantan 2017, sebanyak 15 pasukan dikir barat dakwah berentap bagi merebut kejuaraan.

Pasukan terbabit menyertai saringan bagi memilih empat pasukan di pertandingan akhir dikir barat dakwah peringkat peringkat kebangsaan 2017 malam esok akan diadakan di Balai Islam, Lundang.

Festival Kesenian Dakwah diadakan bermula hari ini sehingga 27 Ogos, di Dewan Besar Balai Islam Lundang. Pelbagai aktiviti diadakan termasuk penampilan khas Didi & friend, pertandingan dan pameran arnab, persembahan nasyid dan pertunjukan motor klasik.

Ia dianjurkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik), Jakim dan Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ) Sdn Bhd.

Selain itu kerjasama Majlis Agama Islam Kelantan (Maik), Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Institut Wasatiyyah Malaysia, Perbadanan Muzium Kelantan dan Perbadanan Perpustakaan Kelantan.

Perasmian hari ini dilakukan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Dr Md Yusnan Yusof.

Turut hadir Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Shahidani Abdul Aziz; Pengarah Bahagian Dakwah Jakim, Datuk Ali Mohammed; Timbalan Ketua Polis Kelantan, Asisten Komisioner Din Ahmad dan Timbalan Pengarah Pengurusan Jaheik, Mohd Farid Abdul Razak. – HARAKAHDAILY 24/8/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Ibadat korban diniagakan hingga jadi beban

PENINGKATAN harga haiwan korban menjelang Aidiladha ini dianggap mengabaikan prinsip muamalah dalam Islam sehingga memperlihatkan ada pihak mahu mengaut keuntungan. Yang Dipertua Kasih Anak Yatim Malaysia (KAYMA), Dr Zulkeflee Yaacob berkata, berdasar kepada peningkatan harga lembu korban sekarang menyebabkan penduduk miskin dan berpendapatan rendah tidak mampu menjalani ibadat korban. Katanya, ia […]

Subscribe US Now