Pertandingan Video Pendek

 

TERMA DAN SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN VIDEO PENDEK

TEMA : KELANTAN DAN KEUSAHAWANAN BERDASARKAN TIGA KATEGORI;

1) TEMPAT, 2) PRODUK, 3) ORANG

1.0 SYARAT PENYERTAAN

  • Penyertaan adalah terbuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA.
  • Penyertaan boleh dikemukakan secara INDIVIDU atau BERKUMPULAN, terbuka kepada lelaki dan wanita.
  • Setiap penyertaan boleh menghantar lebih dari satu penyertaan tetapi setiap peserta hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.
  • Penyertaan adalah PERCUMA.

2.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN

  • Mengumpul video terbaik bagi mempromosi bidang keusahawanan tempatan,
  • Merancakkan industri kreatif khususnya seni skrin dan videografi,
  • Mencungkil dan mengenengahkan bakat dan kreativiti, khususnya belia dan remaja, dan
  • Menyediakan platform awal kepada penggiat seni skrin dan videografi.

3.0 SYARAT PERTANDINGAN

  • Setiap penyertaan mestilah menepati tema yang telah ditetapkan iaitu Kelantan dan Keusahawanan.
  • Penyertaan terbahagi kepada 3 (tiga) kategori, iaitu Tempat, Produk dan Orang. Peserta boleh memilih mana-mana kategori dan tidak boleh mencampuradukkan kategori.
  • Penyertaan boleh dibuat dalam sebarang format, contohnya dokumentari,sketsa pendek, animasi atau lain-lain.
  • Setiap hasil karya merupakan hasil karya sendiri dan tidak pernah memenangi mana-mana pertandingan filem/ video kebangsaan atau antarabangsa.
  • Harta intelek bagi mana-mana karya penerbitan, percetakan dan penyiaran mesti mendapat kebenaran bertulis daripada pemegang hak cipta.
  • Hasil karya hendaklah tidak mengandungi sebarang unsur pornografi, jenayah, fitnah, menghina serta menyentuh sensitiviti keagamaan, perkauman dan budaya.
  • Karya atau mana-mana bahagian dalam karya mestilah tidak melanggar sebarang undang-undang dan tidak terhad kepada hak privasi, hak harta intelek, hak cipta, hak moral, cap dagangan atau nama perniagaan; atau mana-mana pihak ketiga.
  • Pihak sekretariat pertandingan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan dari pihak ketiga akibat pelanggaran hasil hak cipta terhadap hasil karya tersebut.

 

4.0 DURASI VIDEO

  • Video yang dihasilkan mestilah tidak melebihi durasi yang ditetapkan iaitu 1 hingga 10 minit.

5.0 FORMAT PENGHANTARAN

  • Setiap penyertaan hendaklah dihantar dalam medium DVD ( 1 keping sahaja) dan ‘softcopy’ format sama ada AVI, MPEG2, MP4 atau, WMV. Setiap penyertaan mestilah dikepilkan bersama dokumen berikut;

                    1. Borang penyertaan

                    2. Skrip

                    3. Sinopsis

                    4. Salinan MyKad (seorang sahaja sekiranya berkumpulan)

6.0 HADIAH PEMENANG

  • Pemenang-pemenang akan menerima pengiktirafan seperti berikut:

a) Video Terbaik (setiap kategori) : Wang Tunai RM1,000.00 berserta plak dan sijil penghargaan

b) 3 hadiah saguhati bagi setiap kategori bernilai RM300.00 berserta plak dan sijil penghargaan

  • Pemenang akan dihubungi melalui pos atau telefon.

7.0 TUNTUTAN HAK CIPTA

  • Setiap karya penyertaan adalah hak milik SEKRETARIAT PERTANDINGAN VIDEO PENDEK. Karya tersebut juga berhak digunakan untuk sebarang tujuan promosi dan siaran sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
  • Peserta juga mestilah membenarkan suntingan dibuat terhadap tajuk dan video penyertaan bagi tujuan penyiaran.

 

8.0 PENOLAKAN PENYERTAAN

  • Sekretariat pertandingan berhak menolak sebarang penyertaan yang tidak menepati syarat pertandingan dan format video.
  • Penyertaan dikira terbatal jika didapati diciplak atau tidak asli.

9.0 TARIKH TUTUP

  • Semua penyertaan hendaklah dikemukakan kepada sekretariat pertandingan selewat-lewatnya pada 27 April 2017 (Khamis) jam 3.00 petang.
  • Penyertaan selepas dari tarikh tutup tidak akan diterima.

 

10.0 BORANG PENYERTAAN

  • Borang penyertaan boleh didapati di :
  1. Pejabat Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, Aras 1, Blok 7, Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu
  2. Portal www.upknkelantan.com
  3. Fanpage (Facebook) Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan 

 

11.0 SEKRETARIAT PERTANDINGAN

Sekretariat Pertandingan Video Pendek

Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan,

Aras 1, Blok 7, Kompleks Kota Darulnaim,

15503 Kota Bharu, Kelantan.

 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

Sekretariat Pertandingan Video Pendek : 09-748 3529 (Cik Nurul Hasbi)

12.0 KEPUTUSAN PENGHAKIMAN

Semua keputusan adalah muktamad. Sebarang bantahan dan rayuan tidak akan dilayan.

Muat Turun; klik untuk muat turun borang penyertaan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterPrint this page