Perubahan Hala Jalan Di Wakaf Bharu Sempena Aidil Adha 2017

Perubahan hala jalan di Pekan Wakaf Bharu bagi mengatasi pertambahan bilangan kenderaan darat yang dijangka bertambah untuk pulang sempena Hari Raya Aidil Adha dan musim cuti persekolahan akan dilaksanakan selama lima hari bermula Rabu, 30 Ogos 2017 sehingga Ahad, 03 September 2017.

Pengguna jalanraya diminta bersabar dan mematuhi arahan papan tanda juga pertugas-petugas yang melibatkan anggota Polis Trafik dan anggota Penguatkuasa Majlis Daerah Tumpat.

Pemandu kenderaan juga diminta agar tidak menunggu penumpang yang ke Pasar Wakaf Bharu sehingga boleh menyempitkan jalan, pemandu disyorkan untuk menurunkan sahaja penumpang yang ingin ke pasar atau sebagainya, dan menanti panggilan telefon untuk memasuki semula kawasan pasar untuk mengambil penumpang yang turun membeli barangan keperluan raya.

Berkemungkinan besar kesesakan sementara akan juga berlaku apabila pagar lintasan kereta api ditutup beberapa minit untuk memberikan laluan kepada kereta api.

Kesabaran dan kerjasama daripada pemandu sangatlah diharapkan.

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Tumpat.

SUMBER WEBSITE MAJLIS DAERAH TUMPAT:

(Visited 2 times, 1 visits today)

Add Comment