Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1440 H/2019 YAB Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan

webmaster

Saya dan seluruh kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1440H/2019. Diharapkan ibadat kita sepanjang Ramadan menjadi amalan-amalan soleh yang menambah ketakwaan kita kepada Allah SWT. Insyaallah, Ramadan kita tahun ini lebih baik dan lebih banyak mendapat ganjaran pahala dan kebajikan daripada Allah SWT.

Sempena perayaan Aidilfitri, saya berharap kita gunakanlah peluang ini untuk bersama-sama bermaafan dan saling mengunjungi antara satu sama lain samada bersama kaum keluarga, sanak-saudara, sahabat handai, dan kenalan.

Kepada anak-anak Kelantan di perantuan yang akan pulang ke Kelantan dengan kenderaan, sentiasalah berhati-hati dan mengikut peraturan serta nasihat sepanjang perjalanan dan jangan lupa membaca doa memohon keselamatan dalam perjalanan:
سُبْحَانَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ

Pada perayaan kali ini, kita mengharapkan juga anak-anak Kelantan di perantauan yang pulang ke Kelantan mengikuti serta memberi sokongan kepada program “Kelantanku Bersih dan Ceria” supaya dapat kita bersama-sama menjaga kebersihan samada di jalan raya, di kampung halaman, atau di mana sahaja kita berada, hendaklah kita menjaga kebersihan. Semoga penghayatan kebersihan ini benar-benar melambangkan ketakwaan kita kepada Allah SWT.

Dijangkakan tahun ini tidak kurang sejuta rakyat Kelantan pulang berhari raya di kampung masing-masing. Justeru,dinasihati supaya penggunaan air tidak dibazirkan. Bagi kawasan-kawasan yang mempunyai kekurangan air dan berisiko, kerajaan menyediakan tangki-tangki statik di lokasi-lokasi tertentu. Hendaklah kita juga berjimat cermat dan elakkan pembaziran air supaya Allah SWT memberi keberkatan dan dapat kita menyambut hari raya dengan penuh kasih sayang.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN MINAL AIDIN WAL FAIZIN

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan singkat tempoh pemohonan pelabur

PASIR MAS: Kerajaan negeri berusaha mempercepatkan permohonan kemasukan pelabur yang kini semakin mendapat sambutan. Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri, Dato’ Hanifa Ahmad berkata, sektor tersebut sedang berkembang di Kelantan. “Kita telah berunding dengan beberapa pelabur, cuma kita hendak mempercepatkan permohonan mereka supaya tidak sampai dua tiga tahun. […]

Subscribe US Now