Perutusan Ramadhan 1440 MB Kelantan

webmaster

RASULULLAH SAW bersabda:

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: Sesiapa yang mendirikan qiam Ramadhan (terawih dan solat sunat yang lain) kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang telah lalu. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ramadhan yang hadir saban tahun adalah madrasah penyucian jiwa dan bulan tarbiah kepada umat Islam dalam membentuk peribadi mukmin sejati. Ramadhan bukan sekadar bulan berpuasa, namun ia adalah bulan tarbiah untuk melahirkan jiwa bertaqwa.

Salah satu amalan yang sangat dicintai oleh Rasulullah ﷺ adalah sifat dermawan. Ketahuilah bahawa kedermawanan adalah salah satu sifat Allah Ta’ala, sebagaimana sabda nabi Muhammad ﷺ:

‏قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِنَّ اللَّهَ كَرِيمٌ يُحِبُّ الْكَرَمَ ، جَوَادٌ يُحِبُّ الْجُودَ ، وَيُحِبُّ مَعَالِيَ الأَخْلاقِ وَيَكَرْهُ سَفْسَافَهَا

“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Mulia dan mencintai kemuliaan, Maha Memberi dan mencintai kedermawanan, Dia mencintai akhlak yang mulia dan membenci akhlak yang buruk.” (Riwayat Al Baihaqi, disahihkan Al Albani)

Bersedekah dapat membentuk keperibadian yang dermawan. Sifat ini jika didukung dengan kefahaman agama yang baik, maka akan terhasil dua sifat mulia iaitu alim dan juud (dermawan). Kedua-dua akhlak mulia ini akan membolehkan seseorang mencapai kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT. Sabda Rasulullah ﷺ:

إِنَّمَا الدُّنْيَا لِأَرْبَعَةِ نَفَرٍ: عَبْدٍ رَزَقَهُ اللَّهُ مَالًا وَعِلْمًا فَهُوَ يَتَّقِي فِيهِ رَبَّهُ، وَيَصِلُ فِيهِ رَحِمَهُ، وَيَعْلَمُ لِلَّهِ فِيهِ حَقًّا، فَهَذَا بِأَفْضَلِ المَنَازِلِ

“Dunia itu untuk empat jenis hamba: Yang pertama, hamba yang diberikan rezeki oleh Allah serta kefahaman terhadap ilmu agama. Dia bertaqwa kepada Allah dalam menggunakan hartanya dan dia gunakan untuk menyambung silaturrahim. Dia menyedari terdapat hak Allah pada hartanya. Maka inilah kedudukan hamba yang paling baik.” (Riwayat At-Tirmidzi, Hasan sahih)

Sempena kedatangan Ramadhan 1440H ini, marilah kita menyuburkan sifat-sifat mulia ini sehingga kita mampu lahir sebagai mukmin sejati di sisi Allah SWT. Kita tumpukan peningkatan amal ibadat masing-masing dan berganding-bahu dalam agenda membangunkan masyarakat sejahtera dan bertaqwa.

Semoga Allah memberkati kerajaan Negeri Kelantan dalam mendasari Merakyat Membangun Bersama Islam dan semoga negara Malaysia dapat dibangunkan dengan panduan syariah. Ramadhan Karim!

YAB USTAZ DATO’ BENTARA KANAN
DATO’ AHMAD BIN YAKOB
Menteri Besar Negeri Kelantan- 5/5/2019

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

JUZ 1 "Bumi Allah Untuk Dimakmurkan"

Sentuhan hidayah menerusi ibrah para Anbiya’ dan Solehin melalui JUZ 1⃣ “Bumi Allah Untuk Dimakmurkan” Melalui Juz 1, Allah SWT telah menyebut perihal penciptaan Nabi Adam A.S serta tugas Baginda sebagai Khalifah di muka bumi. Apabila Allah mengarahkan para Malaikat supaya sujud kepada Nabi Adam A.S, mereka menyedari bahawa Nabi Adam […]

Subscribe US Now