Perutusan YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan Sempena Tahun Baharu Cina 2019

Salam sejahtera dan selamat tahun baru cina, kepada semua kaum Tionghua yang berada di Kelantan khususnya dan di seluruh negara amnya. Saya berasa gembira dan bersyukur kerana kaum Tionghua yang hidup di negara kita dapat hidup dalam keadaan aman damai dan sejahtera.

Sempena tahun baru cina kali ini saya mengharapkan kepada anak-anak muda yang berada di luar daripada Kelantan agar balik untuk meraikan tahun baru cina tahun ini dengan mengutamakan kunjungan dan berhari raya bersama keluarga, kerana keluarga merupakan orang yang paling rapat dengan kita.

Disamping itu, bagi mereka yang kembali ke Kelantan menaiki kenderaan hendaklah sentiasa mengutamakan keselamatan dan mematuhi arahan-arahan pihak berkuasa supaya semua dapat sampai ke destinasi dengan selamat serta dapat berhari raya dengan baik.

Saya mengharapkan bahawa pada tahun ini semua masyarakat Tionghua dapat mengamalkan cara hidup yang terbaik dan hidup secara harmoni bersama-sama rakyat Kelantan yang lain sama ada Melayu, Cina dan India, Kerajaan juga sentiasa melindungi dan memberi perhatian kepada semua rakyat Kelantan di negeri ini tanpa mengira bangsa dan agama.

“Selamat Tahun Baru Cina”
“Gong Xi Faa Cai, Sin Nian Quai Lek”

Terima kasih.

YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad bin Yakob (Dato’ Bentara Kanan) Menteri Besar Kelantan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment