Peserta Malaysia Rangkul Johan Dalam 17th Moscow International Quran Reciting Competition Di Moscow, Rusia

ustzfahmi1


quranrecitingmoscowPeserta Malaysia, Abdullah Fahmi Bin Che Nor, 32 tahun yang berasal dari negeri Kelantan telah dinobatkan sebagai johan dalam “17th Moscow International Quran Reciting Competition” di Moscow, Rusia. Majlis yang dianjurkan oleh Russia Muftis Council itu telah berlansung sepanjang 23-25 September 2016.

 
Sebanyak 30 buah negara telah menghantar penyertaan yang dibuka kepada kategori tilawah lelaki sahaja. Majlis penutupan dan penyampaian hadiah yang diadakan pada 25 September di Crocus City Hall, Moscow telah disempurnakan oleh Chairman of the Russian Muftis Council and the Spiritual Board of Muslims of the Russian Federation, Mufti Sheikh Ravil Gaynutdin.


Selaku johan, peserta Malaysia menerima hadiah berupa wang tunai USD 5000.00 beserta plak dan sijil penyertaan. Tahniah diucapkan.- FB 
MAJLIS TILAWAH AL-QURAN MALAYSIA

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment