Peserta muay Thai mesti tutup aurat

webmaster

KERAJAAN Kelantan menetapkan lapan garis panduan yang perlu dipatuhi penganjur dan peserta kejohanan muay Thai yang diadakan di negeri ini.

Antaranya peserta mesti menutup aurat, pemakaian azimat tidak dibenarkan dan wanita tidak dilarang berada di atas gelanggang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, syarat berkenaan dilulus pada mesyuarat Exco.

Katanya, syarat yang dibuat kerajaan negeri bukan untuk menyukarkan penganjur dan pemain, sebaliknya bagi mencari keharmonian mengelak perkara tidak diingini berlaku.

“Kerajaan negeri juga sedia menganjurkan pertandingan muay melalui Urusetia Belia dan Sukan di negeri-negeri lain bagi memajukan sukan tersebut.

“Kita berharap muay menjadi antara sukan yang diminati anak muda,” katanya ketika merasmikan Kejohanan International Muay Fight di Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi.

Kejohanan itu berlangsung pada 17 dan 18 Oktober. Hadir sama Adun Pasir Tumbuh, Ustaz Abdul Rahman Yunus, Pengarah Urusetia Belia dan Sukan, Ustaz Mohd Fadhli Shaari dan Presiden Persatuan Muay Thai Kelantan, Datuk Dr Zulkepli Mohamad.

Abdul Fattah juga berkata, peraturan berkaitan Islam perlu diutamakan dalam melaksanakan setiap perkara di Kelantan termasuk sukan.

Kejohanan Muay Thai pernah dianjurkan kerajaan negeri pada 2015. – HARAKAHDAILY 19/10/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sambutan 27 tahun MBI diadakan sehingga 2018

SAMBUTAN ulangtahun ke-27 dasar Membangun Bersama Islam (MBI) diadakan berterusan sehingga tahun hadapan bagi membolehkan ia diingati rakyat Kelantan. Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, sambutan itu berterusan sehingga tahun 2018. Katanya, ia tidak hanya tertumpu pada 21 hingga 22 Oktober sahaja seperti diadakan sebelum ini. […]

Subscribe US Now