Pesta flora jadi acara tahunan

KOTA BHARU – Kelebihan yang ada di Lojing mendorong kerajaan negeri menjadikan Pesta Flora dan Organik 2015 yang berlangsung selama empat hari itu sebagai acara tahunan bermula tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi berkata, kerajaan negeri tidak mahu Lojing terpinggir daripada arus kemajuan dan kawasan tersebut juga mempunyai potensi sebagai pusat pelancongan.

Malah katanya, kemajuan industri pertanian di Lojing yang setara dengan Cameron Highlands turut menjadi daya tarikan kepada pelancong yang ingin melihat sendiri kehijauan sayur-sayuran dan pelbagai jenis bunga di kawasan berkenaan.

Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan barisan Exco kerajaan negeri turut hadir merasmikan Pesta Flora dan Organik 2015 di Lojing. Pelbagai aktiviti menarik dianjurkan sepanjang pesta itu berlangsung.[SINAR HARIAN 25 NOVEMBER 2015]

(Visited 1 times, 1 visits today)

Add Comment