Pesta tangkap ikan rapatkan masyarakat

webmaster

PESTA menimba, menangkap ikan sambil berkelah rakyat di lubuk ikan Jal Kecik di sini meriah dengan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat.

Ia diadakan dengan penglibatan golongan belia dan veteran yang sekaligus mampu mengeratkan hubungan silaturahim.

Adun Wakaf Baru, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata program sempena cuti am itu  dihadiri kira-kira 1,000 penduduk.

Menurutnya, menimba dan menangkap ikan merupakan sebahagian kaedah generasi lama untuk mendapatkan lauk paut yang boleh dijadikan contoh kepada anak muda.

“Semua lapisan masyarakat daripada usia tujuh hingga 60 tahun mengambil bahagian dalam pesta ini yang mendapat sambutan bukan sahaja warga tempat bahkan dari luar.

“Ada dari Kota Bharu dan Pasir Mas hadir bagi melihat sendiri cara tradisional menangkap ikan sambil berkelah bersama keluarga,” katanya.

Program yang bermula seawal jam tujuh pagi itu katanya lagi, ikan yang ditangkap dimasak secara gotong-royong oleh penduduk untuk jamuan makan.

Jelasnya, kerjasama  diberikan sangat baik dan perjalanan program yang dirancang sejak lima hari lalu itu berlangsung  lancar dalam cuaca mendung.

Beliau turut menyatakan hasrat untuk menjadikan program itu sebagai acara tahunan bagi membolehkan golongan belia menghayati amalan tradisi itu. – HARAKAHDAILY 10/5/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kompaun, tutup premis niaga kotor

KOTA BHARU – Kompaun dan penutupan premis perniagaan adalah langkah akhir dilakukan pihak berkuasa jika peniaga makanan dan minuman gagal menjaga kebersihan kedai dan bahan jualan semasa Ramadan nanti. Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO Negeri Kelantan, Datuk Dr Ramli Mamat berkata, pelanggan juga diingatkan supaya bijak […]
KOTA BHARU: Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan dan ngo negeri, Dr Ramli Mamat berkata, Kelantan tiada rekod virus zika

Subscribe US Now