PETANI DIGALAK BERINOVASI, CIPTA INPUT PERTANIAN

KOTA DARULNAIM – Para petani di Kelantan digalakkan melakukan penyelidikan dan berinovasi mereka cipta input pertanian mengikut kehendak pasaran semasa.

Exco Pertanian Kelantan YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata Kerajaan Negeri sentiasa membuka peluang kepada petani tempatan untuk berfikir dan bertindak kreatif mengatasi kenaikan harga input pertanian khasnya baja, peralatan dan jentera dalam sektor itu.

Katanya, petani perlu saling bermuafakat membantu sesama sendiri bagi mengatasi setiap masalah yang dihadapi.

“Kita mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada KITABINA kerana memanfaatkan geran yang diberikan sebaik-baiknya.

Dana RM10 ribu itu diberi pada tahun lepas melalui Projek Khas Kebun Organik Berkelompok Semarak Al-Falah (SOF) bertujuan menggalakkan golongan petani berinovasi meningkatkan pembangunan pertanian sedia ada atau mencipta produk tani organik.

Dalam tempoh lapan bulan, KITABINA berjaya menghasilkan baja organik dan non-toksik. Satu yang kita minta, tetapi menariknya empat daripada sembilan jenis produk ciptaan mereka yang dibawa,” katanya selepas menerima sampel baja tersebut di Mabna, hari ini.

Menurutnya lagi, inovasi NGO Tani seperti KITABINA menepati aspirasi Kerajaan Negeri yang mahukan rakyat meningkatkan produktiviti hasil tani dan produk hiliran untuk kegunaan komuniti tani tempatan dan masyarakat umum. Sekali gus memasarkannya ke luar untuk meningkatkan ekonomi petani.

“Insya Allah kita akan terus melantik agensi memantau projek ini untuk menjadikan Kelantan bukan sahaja pengeluar makanan, bahkan pemain aktif sebagai inovator industri input pertanian,” jelasnya.

Sumber

(Visited 7 times, 1 visits today)

Add Comment