PH tidak matang berpolitik

webmaster

oleh Ahmad Fadhli Shaari

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya menerima keputusan yang telah diputuskan berhubung perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8.

“Saya meminta supaya rakyat di negara ini dapat menerima keputusan ini dengan hati terbuka.

“Ia bagi menghentikan kemelut politik yang tidak sepatutnya berlaku ini sehingga berlarutan selama seminggu menyebabkan seluruh rakyat tertumpu kepada konflik ini,” katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Masjid Wilayah Persekutuan seusai majlis solat hajat sempena upacara angkat sumpah Perdana Menteri ke-8 di sini hari ini.

Beliau turut merafak sembah dan menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan menyifatkan keputusan melantik Ahli Parlimen Pagoh itu sebagai Perdana Menteri ke-8 adalah yang terbaik.

“Saya mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya melupakan konflik yang berlaku sebelum ini, keputusan telah pun dikeluarkan. Penumpuan sekarang kepada gerak kerja untuk membaik pulih negara.

“Dalam masa yang sama, membina semula negara yang sebelum ini terjerumus dalam konflik akibat tindakan Pakatan Harapan (PH) yang ternyata tidak matang dalam politik,” ujarnya.

Beliau turut meminta rakyat Malaysia mendoakan kerajaan baru ini dapat kekal terus memerintah dengan baik bagi memberi kestabilan kepada negara dan memberi keharmonian kepada rakyat. – HARAKAHDAILY 01/3/2020

Sumber: https://harakahdaily.net/index.php/2020/03/01/ph-tidak-matang-berpolitik/

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Nasihat Mufti berkenaan isu politik negara

MUKADIMAH Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi S.A.W, keluarga, Sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan. Ku mulakan coretan kalam ini dengan ‘بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ’ . Dalam seminggu ini sehingga […]

Subscribe US Now