PIALA MB KELANTAN HAMPIRI KEMUNCAK

webmaster
Pasukan Liga Elit Dun Tawang.

KOTA BHARU: Kehangatan kejohanan bola sepak Piala Menteri Besar (MB) Kelantan menghampiri kemuncak di mana perlawanan akhir akan berlangsung pada 28 Disember ini di Stadium Sultan Mohamad IV.

Pasukan yang layak ke pertandingan akhir akan ditentukan malam 25 Disember ini. Pada perlawanan itu pasukan Dun Limbongan akan berdepan dengan Dun Tawang.

Selain itu Dun Pengkalan Kubor melawan Dun Kota Lama, juga berlangsung malam sama di Stadium Sultan Muhammad IV.

Timbalan Pengarah Urus Setia Belia dan Sukan Kelantan (U-Bes) Ustaz Mohd Kamal Mohamed perlawanan pertama akan bermula jam 8 malam dan diikuti perlawanan kedua 10 malam.

“Piala MB Kelantan merupakan pertarungan juara-juara di peringkat Dun dalam cabaran Liga Elit Dun (LED) yang berlangsung sepanjang tahun ini,” katanya di sini.

Menurutnya juga perlawanan akhir dijangka dihadiri Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob dan anggota Exco Ustaz Wan Roslan Wan Hamat.

Kata beliau juga peminat bolasepak disaran datang beramai-ramai menyokong sukan bolasepak di Kelantan.

“Jaga adab, suasana dan ketenteraman kerana matlamat sukan untuk kesihatan, kecergasan dan menjalin semangat perpaduan,” ujarnya.

Pertandingan bolasepak berprestij Piala Menteri Besar itu dianjur U-Bes. – HARAKAHDAILY 23/12/2019

Sumber: https://harakahdaily.net/index.php/2019/12/23/piala-mb-kelantan-hampiri-kemuncak/

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

‘VACANCY TAX’: SOLUSI RUMAH TIDAK TERJUAL?

1. Pada 2 Disember yang lepas, saya telah bangun di Dewan Rakyat bertanyakan soalan berhubung penyelesaian kerajaan di dalam isu rumah kediaman yang tidak terjual. Salah satu idea yang saya lontarkan ialah VACANCY TAX PROPERTIES. Secara terperincinya, bagi unit rumah yang tidak terjual selepas sembilan bulan dilancarkan dan dikeluarkan sijil […]

Subscribe US Now