PIDR 2015 dijangka mendapat tumpuan

KUALA LUMPUR, 1 Disember  – Persidangan ICT dan Data Raya 2015 (PIDR 2015) dianjurkan oleh Pertubuhan Jaringan IT Malaysia akan diadakan selama sehari bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada 12hb Disember, 2015 bertempat di Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Selangor.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada 1hb Disember, 2015, Pengerusi Jaringan IT Prihatin Malaysia, Shuhaimi Embong yang juga Pengarah program ini berkata, jawatankuasa penganjur telah memilih logo PIDR2015 dengan tema persidangan kali ini adalah, “Kuasai Data Raya, Kuasai Informasi’.

Beliau berkata, beberapa orang tokoh akademik dan industri IT yang berkaitan dengan DataRaya ini telah bersetuju untuk membentangkan kertas dan pandangan mereka.

Big DataDiantara pembentang yang telah mengesahkan penyertaan mereka adalah Prof Dr Shahrom A. Noh seorang ahli akademik yang menjadi Perunding Big Data yang terkemuka akan membentangkan ‘Perlaksanaan DataRaya (Big Data) – Strategi dan Cabaran” dan seorang Perunding Keselamatan IT yang menjadi Chief Information Security Officer disemua syarikat multinational terkemuka akan membentangkan satu kertas berkaitan dengan “Information

Security – Keselamatan Data dan Rekod (Maklumat) dalam era siber”

Selain dua kertas yang dijangka menjadi tumpuan pada PIDR2015, terdapat 4 lagi kertas yang akan turun dibentangkan bagi menjadikan persidangan ICT dan Data Raya ini sesuatu yang penting.

Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakop membentangkan pengalaman ‘Pelan Strategik dan Perancangan Bersepadu Pembangunan “Big Data” dan Pengarah JITP, Shuhaimi Embong akan membentangkan kertas bertajuk “Data Raya – Pengurusan Maklumat dan Rekod Elektronik” serta Timbalan Pengarah JITP, Dr Hani Ali pula membentangkan dari aspek “Pemerkasaan ALIT Hadapi Cabaran Data Raya”.

Manakala Timbalan Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Wan Nik Wan Yusof akan membentangkan satu kertas bertajuk, Pengurusan Data Raya untuk Pilihanraya umum ke-14” yang dijang turut menarik perhatian ramai peserta persidangan nanti.

ictbantu_field_image_slider.var_1447209201Selain kertas kerja yang dibentangkan pada sebelah pagi, satu diskusi berkaitan tema persidangan, ‘Kuasai Data raya, Kuasai Informasi’ akan diadakan pada jam 2 petang dikendalikan oleh YB Zaidy Abdul Talib, Exco Kerajaan Negeri Selangor dijangka melibatkan, En Ibrahim Sufian (Pengarah Merdeka Center), YB Nasaruddin Tantawi (Ahli Parlimen Temerloh yang juga Ketua Penerangan PAS) dan Dato’ Abdullah Che Nawi (Exco Kerajaan Kelantan yang juga Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan).

Setiausaha Agong PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan akan memberikan ucaptama pada sesisebelah petang kerana program ini diadakan dengan kerjasama Jabatan IT PAS setiap 4 tahun sekali dan perasmian penutup dilakukan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang.

(Visited 2 times, 1 visits today)

Add Comment