Pilihan raya PBT agenda pecah masyarakat

webmaster

KOTA BHARU: Pilihan raya kerajaan tempatan yang dicadangkan DAP dianggap mempunyai agenda untuk memecah-belahkan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Adun Semerak Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, pelaksanaan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak sesuai dilaksanakan di negara ini.

Katanya prosedur pelantikan Ahli Majlis PBT yang menjadi amalan sekarang sudah sempurna dengan memastikan komposisi serta kebajikan rakyat pelbagai kaum terbela.

“Pilihan raya kerajaan tempatan tidak sesuai malah tiada cacat kaedah pentadbiran yang dilakukan sekarang.

“Kita nampak agenda itu menjadi perjuangan DAP sejak dahulu lagi ketika menguasai kerajaan Pulau Pinang,” katanya di sini.

Baru-baru ini DAP dilaporkan bertegas mahu pilihan raya PBT diadakan dan mendesak perkara itu dipersetujui Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilapor berkata, keutamaan bagi parti itu.

Malah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin pula memberitahu pihaknya tetap akan meneruskan kajian mengenai pilihan raya PBT.

Sedangkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu pilihan raya tersebut tidak akan diadakan. – HARAKAHDAILY 14/12/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/9115-pilihan-raya-pbt-agenda-pecah-masyarakat

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sasar Kota Bharu sifar HIV 2030

KOTA BHARU – Kelantan menyasarkan Kota Bharu menuju sifar HIV menjelang 2030 di bawah projek inisiatif Bandar Menuju Sifar HIV yang dilancarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan dipersetujui pelaksanaannya di Malaysia pada 18 November 2011. Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, ia dipersetujui melalui Deklarasi Politik HIV/ Aids oleh […]

Subscribe US Now