Pindaan Akta 355, bukan sesuatu yang pelik

Wacana Pindaan Akta 355SHAH ALAM[DIKEMASKINI] Pas menegaskan tiada apa yang pelik dengan pindaan Akta 355, yang dibawa usul oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada 26 Mei lalu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hasan berkata, ini kerana sekurang-kurangnya terdapat tiga akta ‎yang sama dengan akta 355 di negara ini.

“Saya seorang pengamal undang-undang, saya rasa wajar mengatakan dalam negara kita ini terdapat sekurang-kurangnya tiga akta yang mempunyai ‘background’ yang sama iaitu pertama Akta Mahkamah Rendah 1948, Akta Mahkamah Kehakiman 1964, dan terakhir Akta Mahkamah Syariah 1965.“Daripada ketiga akta ini saya mengabungkan sebagai akta-akta bagi tujuan yang sama, jadi saya kira sebagai ahli politik dan pengamal undang-undang  tiada apa-apa yang pelik tentang akta 355 apabila ia dicadangkan melalui satu usul ahli Parlimen bukan kerajaan,” katanya dalam ‎wacana Sinar Harian kali ke 41 yang berjudul Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi di Dewan Sultan Muhammad V, di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini hari ini.

Ujarnya lagi, untuk meminda akta ini, tindakan ini dibenarkan oleh Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Walaupun jarang-jarang berlaku, tetapi Speaker dan Menteri benarkan Ahli Parlimen Marang membuat usul, jadi ini adalah satu proses biasa untuk pinda undang-undang sebab itu tiada perkara yang pelik untuk menjadikan ia satu konflik atau menimbulkan satu kebimbangan,” katanya.- OLEH MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI, SINAR HARIAN 5 SEPTEMBER 2016

(Visited 2 times, 2 visits today)

Add Comment