Pindah ke pasar baharu mulai Ahad ini

webmaster

PASIR PUTEH – Seramai 569 peniaga pasar besar lama diminta mematuhi arahan berpindah ke pasar baharu di Bandar Baharu Pasir Puteh di sini, mulai Ahad ini.

Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP), Mohd Anis Hussin berkata, notis pemindahan itu dikeluarkan dua minggu lalu kepada peniaga terbabit.

Katanya, pihaknya memberi tempoh dua minggu bermula Ahad ini bagi peniaga mengosongkan pasar lama.

“Kita berharap peniaga memberikan kerjasama baik dalam hal ini untuk kebaikan kita bersama.

“Dari segi fizikalnya, pasar baharu ini lebih baik terutamanya mengenai pengudaraan kerana kita membinanya dengan konsep terbuka,” katanya ketika meninjau pasar baharu di sini, hari ini.

Kadar sewa pasar baharu yang dikenakan adalah antara RM60 hingga RM350, bergantung kepada saiz.

Mohd Anis berkata, pasar baharu bernilai RM5.6 juta itu berada di dalam kawasan bandar baharu yang bakal mempunyai banyak kemudahan termasuk terminal bas, stesen teksi dan lot perniagaan.

Ketika ditanya mengenai rungutan sesetengah peniaga yang mendakwa lot perniagaan terlalu kecil berbanding pasar lama, beliau berkata, MDPP akan melakukan pengubahsuaian dari masa ke masa.

“Apa yang penting, pindah dulu ke pasar baharu ini, masalah yang timbul kita akan cuba selesaikan secara berperingkat,” katanya.- SINAR HARIAN 11 JANUARI 2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Hujan tiada, bah masih tenggelami kampung

TUMPAT: Biar pun cuaca di Kelantan cerah dan tiada lagi hujan, namun beberapa kampung di Pengkalan Kubor masih lagi digelangi air bah. Limpahan air Sungai Golok minggu lepas masih bertakung memandangkan aliran keluar tersekat dengan jalan Kesban. Masalah itu berlarutan sejak sekian lama biar pun pelbagai janji kerajaan pusat bagi […]

Subscribe US Now