Pintu gerbang mercu tanda baharu Kota Bharu

webmaster

KOTA BHARU -Pembinaan Pintu Gerbang Medan Ilmu Tok Guru di Jalan Dato’ Pati menjadi mercu tanda baharu di bandar ini di samping memperhebatkan lagi perkembangan ilmu agama di situ.

Pintu gerbang yang dibina dengan kos RM400,000 peruntukkan kerajaan negeri dan dilaksanakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) itu siap dibina pada Mac tahun ini.

Medan Ilmu tersebut terlalu sinonim dengan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga rakyat negeri ini sebagai tempat sejak sekian berpuluh tahun lamanya medan perkongsian ilmu setiap Jumaat.

Ia bukan sahaja menjadi tumpuan penduduk tempatan bahkan masyarakat dari luar negara juga turut mengunjungi medan tersebut sejak zaman arwah tokoh ulama itu masih ada lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, ilham pembinaan pintu gerbang berwarna putih dan keemasan tersebut diambil bersempena dengan sebuah tempat pengajian ilmu agama oleh arwah di India.

“Idea ini tercetus semasa sambutan 25 Tahun Membangun Bersama Islam dan ia merupakan mercu tanda pembangunan di Kota Bharu.

“Kelantan salah satu negeri yg membangunkan negerinya berasaskan ilmu dan kita setuju untuk bina mercu ini,” katanya dalam ucapannya.

Perasmian pintu gerbang tersebut disempurnakan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob yang turut dihadiri Yang Dipertua MPKB-BRI, Datuk Zamri Ismail.

Sementara itu, Zamri bagi merancakkan lagi aktiviti keilmuan dan memberi keselesaan kepada pengunjung pihaknya akan melakukan penambahbaikan dari masa ke masa.

“Selain dana daripada kerajaan negeri, kerajaan pusat juga turut menyumbang bagi menaiktaraf sekitar Jalan Dato’ Pati ini,” katanya. SINAR HARIAN 24/9/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pemangku Raja Kelantan dilantik Canselor UMK

PEMANGKU Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra hari ini dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Majlis pemasyhuran itu diadakan dengan penuh istiadat di Dewan Utama UMK di Pengkalan Chepa. Baginda merupakan canselor universiti itu yang ketiga. Canselor pertama UMK iaitu Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra […]

Subscribe US Now