PKINK bangun taman perumahan berkonsep hijau

webmaster

HASRAT kerajaan negeri bagi mencapai 5,000 unit rumah dibina di Kelantan pada penggal ini hampir menjadi kenyataan apabila turut dibantu agensi-agensi kerajaan negeri dan syarikat swasta.

Antaranya Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) kini sedang membangunkan taman perumahan berkonsep hijau di Kota Jembal.

Projek itu merupakan pembangunan bercampur dengan rekaan moden dilengkapi rumah teres, berkembar dan banglow. Selain itu rumah kedai dan pejabat setinggi tiga tingkat.

Pegawai Ekskutif PKINK, Datuk Dr Wan Zawawi Wan Ismail berkata, projek yang mempunyai tujuh fasa meliputi 242 unit sekarang peringkat fasa pertama dan kedua.

“Projek itu bukan projek rumah mampu milik kerana harganya bermula RM200,000 hingga RM400,000. Ia terbuka kepada semua rakyat Kelantan yang berkemampuan.

“Sehingga sekarang sebanyak 51 unit sudah ditempah bagi fasa pertama dan kedua yang kini kerja-kerja di peringkat pembangunan tanah di Kampung Kedai Lalat dan Tawang,” katanya selepas merasmikan galeri jualan SPP Development di D’perdana Sri Cemerlang semalam.

Projek tersebut terletak di lokasi strategik antara Kota Bharu dan Bachok. Dilengkapi pelbagai prasarana termasuk taman permainan kanak-kanak, surau, tadika dan taman hijau.

Turut mempunyai kawalan keselamatan di mana hanya mempunyai satu pintu keluar masuk. – HARAKAHDAILY 20/7/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Usah bersekongkol pihak fitnah kerajaan negeri

RAKYAT diingat tidak bersekongkol dengan pihak yang bermati-matian mahu menjatuhkan Kerajaan Kelantan pada pilihan raya umum (PRU) tidak lama lagi. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Mohd Nasruddin Daud berkata, sepatutnya orang ramai berpakat menjaga kebun yang telah berbuah hasil usaha kita selama ini. “Jangan pula […]

Subscribe US Now