PKINK Bangunkan Hospital Patuh Syariah Di Machang

webmaster

KOTA BHARU: Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Kumpulan SAKATA Sdn Bhd menandatangani perjanjian bagi cadangan pembangunan bersama Estet Sungai Bagan, Machang dalam usaha berterusan membawa kemajuan dan pembaharuan bersama di negeri ini.

Kerjasama diantara dua pihak tersebut melibatkan kos sebanyak RM6 ratus juta yang dibina di atas tanah berkeluasan 62 ekar yang terletak di Mukim Labok di Daerah Machang.

Perjanjian berkenaan telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (HEK) Kumpulan PKINK, Nik Kamil Amirah Nik Ab Rahman dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SAKATA Sdn Bhd, Dato’ Aminuddin Hassan dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SAKATA Sdn Bhd, Nor Hasima Hassan disamping disaksikan oleh Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yakob di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darul Naim, di sini, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus berkata, projek pembangunan ini akan dibina sebuah hospital yang mempunyai 100 katil yang merupakan hospital patuh syariah kedua dibina di negeri ini selepas hospital wanita dan kanak-kanak An-Nisa’ (patuh syariah) yang juga kepunyaan milik Kumpulan PKINK.

Menurutnya, projek pembangunan ini merupakan konsep baharu yang dibawa ke negeri ini dan mampu menjadi mercu tanda baharu dalam masa sama menjadi contoh kepada projek pembangunan yang lain.

“Projek ini akan dibangunkan di Machang kerana kedudukannya yang strategik dan mampu untuk memberi manfaat kepada rakyat di Jajahan-jajahan sekitarnya.

“Ini sekali gus akan mewujudkan prasarana kondusif dan komprehensif serta memberikan nilai tambah kepada sektor perubatan dan rakyat kerana ianya sesuai dengan kemampuan semua kategori rakyat di negeri ini,” katanya.

Yang turut hadir, Exco-exco kerajaan negeri Kelantan, Pengurusan Kumpulan PKINK dan Pengurusan Kumpulan SAKATA Sdn Bhd.

Antara komponen projek fasa 1 yang akan dibangunkan di atas tanah tersebut adalah hospital patuh syariah, rumah pesara (retirement homes), rumah kediaman dan bangunan komersial.

Dalam perkembangan berkaitan, Infra Quest Sdn Bhd (IQSB) dan Ascii Line Sdn Bhd (ALSB) menyumbang RM2 juta kepada kerajaan negeri sebagai sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Kumpulan PKINK kepada kerajaan negeri Kelantan. – PKINK 19/12/2018

https://www.facebook.com/sedckelantan/posts/1982723305139324

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Lot terbabit projek CSR perlu dibayar pampasan

GUA MUSANG: Kerajaan diminta mempertimbangkan bayaran pampasan terhadap lot-lot milik penduduk yang terbabit dengan projek lebuh raya Central Spine Road (CSR). Projek kerajaan Persekutuan itu diselia Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan Jabatan Kerja Raya (JKR). Ia membabitkan kos RM1.8 bilion menghubungkan Simpang Pelangai Bentong ke Kuala Krai. Projek […]

Subscribe US Now