PKINK bantu kerajaan tarik pelabur

KOTA BHARU: Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) turut membantu kerajaan negeri bagi menarik lebih banyak pelaburan baharu ke negeri tersebut.

Ketua Eksekutifnya Abdul Aziz Yunus berkata, melalui usaha itu diharap dapat mewujudkan peluang perniagaan baharu.

“Sekarang kita juga terlibat agak agresif dalam industri perlombongan. Ia mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat.

“Melalui perlombongan emas kita boleh wujudkan vendor pula. Begitu juga dalam industri hartanah,” katanya di sini.

Menurutnya pembangunan projek tersebut membolehkan rangkaian perniagaan semakin berkembang bagi menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.

Kata beliau juga anak-anak syarikat PKINK banyak terlibat dalam pembinaan kediaman dan rumah kedai bagi keperluan rakyat.

“Dengan adanya projek taman perumahan, kontraktor binaan dan pembekal bahan binaan mendapat peluang perniagaan.

“Inilah apa yang dinamakan peluang pelaburan yang kita wujudkan akhirnya memberi kesan berganda kepada ekonomi Kelantan,” katanya.

Kata beliau juga konsep bagi menarik pelabur memerlukan sesuatu yang baharu sebagai daya tarikan.

“Kita harap ada impact of the scheme. Kesan pengganda atau impact multiplier daripada aktiviti tersebut,” katanya. – HARAKAHDAILY 30/1/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/9594-pkink-bantu-kerajaan-tarik-pelabur

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
39Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment