KOTA BHARU – Bertempat di Bilik Gerakan, Tingkat 11 Bangunan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan telah diadakan sesi Exit Conference bagi membentangkan isu-isu yang dibangkitkan mengenai Penyata Kewangan PKINK berakhir pada 31 Disember 2016.
Hasil daripada sesi Exit Conference tersebut, PKINK sekali lagi telah dianugerahkan Sijil Audit Bersih Tanpa Teguran oleh pihak Jabatan Audit Negara (JAN).
Penyampaian Sijil Audit Bersih Tanpa Teguran tersebut telah disempurnakan oleh En. Mohd Nasri Bin Mohd Nasir, Timbalan Pengarah Sektor Audit Kewangan kepada Tuan Haji Mazli Zakuan Bin Mohd Noor, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat).
Turut hadir pada majlis tersebut En. Mohd Zhafri bin Zainudin, Penolong Pengarah Audit (JAN Putrajaya), Encik Nik Kamil Amirah bin Nik Ab. Rahman, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Encik Ahmad Nazri bin Ismail, Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, Encik Nor Azuwan bin Saleh, Pengurus Kanan Audit Dalaman Kumpulan dan beberapa anggota kewangan PKINK. – FB PKINK 21/8/2017