PKINK kerah 80 sukarelawan bantu mangsa banjir

webmaster

PERBADANAN Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menyediakan peruntukan awal sebanyak RM200,000 bagi membantu mangsa banjir di Kelantan.

Selain itu menyediakan 80 sukarelawan daripada 24 anak syarikat PKINK bagi membantu mangsa-mangsa banjir.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Datuk Dr Wan Zawawi Wan Ismail berkata, pihaknya juga mewujudkan bilik gerakan bantuan bekalan banjir di Medan Usahawan.

Katanya, pada peringkat pertama PKINK menyediakan sebanyak 2,000 beg beras dan 2,000 kit makanan yang mengandungi biskut, mi segera, gula dan teh kepada mangsa banjir.

“Kami juga menyediakan empat kenderaan pacuan empat roda untuk menghantar bantuan serta memindahkan mangsa banjir ke lokasi yang lebih selamat di Pusat Pemindahan Sementara,” katanya di Kota Bharu hari ini.

Beliau juga berkata, sukarelawan PKINK membantu mangsa banjir di Kok Lanas dan Pasir Puteh baru-baru ini. – HARAKAHDAILY 30/11/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Muzium Pertanian bakal jadi tarikan baru Kelantan

SELARAS usaha Kelantan untuk muncul sebagai negeri jelapang makanan, sebuah Muzium Pertanian akan diwujudkan sebagai satu lagi produk pelancongan. Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, Mejar (B) Dato’ Md Anizam Abd Rahman berkata, muzium itu akan diubahsuai daripada bangunan Dato’ Kaya Budi di Tumpat. Silakan share jika bermanfaat....Facebook0TwitterPrint

Subscribe US Now