PKINK, NGO ziarah anak yatim

webmaster

PERBADANAN Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Kelab Sukan dan Kebajikan Kumpulan PKINK (KSKK PKINK) dengan kerjasama lapan Badan Bukan Kerajaan (NGO) menziarahi penghuni anak-anak di Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Miskin Darul Hanan Kelab Balkis.

Rombongan yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK,  Datuk Dr Wan Zawawi Wan Ismail bermula jam 7.45 pagi di rumah kebajikan itu semalam.

Antaranya NGO terlibat, Masjid As-Salam, KRT Taman Bakti Mesra, Misi Kembara Dakwah (MKD), ThirdForce Kota Bharu, Rumah Mahabbah Kota Bharu, Jurugambar Prihatin,  Komuniti FreeMarket Kota Bharu dan Pelita Wanis TNB Kelantan.

Selain menyampaikan sumbangan Sosial Korporat (CSR), majlis itu juga bagi meraikan anak-anak yatim itu dengan menjamu selera dengan menyambut Ramadan.

Wan Zawawi ketika berucap pada majlis itu berkata, pihaknya telah membaik pulih sejumlah 1,000 buah rumah tahun lalu.

“Perkara itu akan diteruskan dari semasa ke semasa dan hari ini kita bersama Kelab  Balkis untuk membantu mereka,”ujarnya.

Menurutnya, majlis itu juga menandakan permulaan kerjasama antara PKINK dan Kelab Balkis.

Menurutnya, PKINK akan membantu Kelab Balkis dari segi kewangan serta mencadangkan pada pihaknya yang lain sekiranya berminat.

Sempena Ramadan ini juga PKINK turut menyumbang buah kurma dan akan turut mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak yatim Kelab Balkis di Perdana Resort.

Jelasnya, untuk memberi peluang anak yatim merasai suasana berbuka puasa di resort tersebut.

Turut hadir pada majlis itu Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Nik Kamil Amirah Ab Rahman, Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, Ahmad Nazri Ismail dan Pengurus Kelab Balkis, Mohd Hilmi Abdul Rahman.

Dalam perkembangan sama, turut diadakan penyampaian sumbangan kepada Kelab Balkis oleh PKINK dan NGO yang telibat.

Kelab Balkis merupakan penempatan anak yatim dan juga merupakan sebuah Pusat Pendidikan, bimbingan, latihan dan kebajikan Islam yang memberi perkhidmatan khusus di dalam pengajian Al-Quran yang telah beroperasi sejak 1989 lagi.

Ia dibangunkan hasil bantuan pihak tertentu dan juga sumbangan orang ramai yang kini diurus oleh Pengurusnya, Ustaz Hilmi Abdul Rahman.

Hilmi mengucapkan terima kasih kepada semua rakan NGO dan PKINK yang bersedia membantu pihaknya.

Ketika mengisahkan penubuhan rumah kebajikan itu, beliau tidak mampu menahan sebak apabila mengenangkan kesusahan ayah dan ibunya menubuhkan kelab itu untuk membantu masyarakat.

Orang ramai yang ingin maklumat lanjut boleh menghubungi Pengurus Kelab Balkis, Mohd Hilmi Abdul Rahman di talian 013-935 7726. – HARAKAHDAILY 27/5/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Orang Asli tidak dipinggir kerajaan negeri

DI Pos Belatim kawasan seluas 1,743 ekar direzab kerajaan negeri sebagai lot penempatan dan kawasan bercucuk tanam untuk masyarakat Orang Asli. Manakala di Pos Dakoh seluas 974 ekar juga rezab untuk lot kediaman dan kawasan bercucuk tanam masyarakat terbabit. Usaha itu secara jelas menggambarkan kesungguhan kerajaan negeri membantu masyarakat Orang […]

Subscribe US Now