PKINK Rai Pelajar PERKIM

webmaster

KOTA BHARU – Selain mementingkan kebajikan rakyat, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) turut memberi perhatian dan keutamaan kepada saudara baru di negeri ini.

Seperti tahun sebelumnya, PKINK sekali lagi meraikan pelajar-pelajar Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) P Chepa.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab. Aziz Yunus berkata, sempena bulan Ramadan PKINK mengambil peluang meraikan saudara baru dengan menyampaikan sedikit sumbangan bagi meraikan saudara baru untuk sama-sama meraikan kehadiran Syawal 1440H.

“Program ini untuk menyatakan saudara baru tidak keseorangan dalam menjalani proses perubahan dalam hidup mereka.

“Ini juga adalah sebahagian daripada program dakwah bagi ahli keluarga mereka yang belum memeluk Islam, dengan menunjukkan keindahan Islam yang tidak memutuskan hubungan kekeluargaan walaupun berbeza agama,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika satu Program Ihya’ Ramadan 1440H Komuniti Dan Masyarakat di Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP), Pengkalan Chepa, di sini baru-baru ini.

Hadir sama di program itu, Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, Ahmad Nazri Ismail, Pengurus Projek, Sumber Asli dan Industri Kumpulan, Ahmad Hilmi Mohd Nawawi dan Pengetua Institut Dakwah Islamiah PERKIM, Che Ahmad Che Mahmood.- FB PKINK 26/5/2019

Sumber: https://www.facebook.com/sedckelantan/posts/2212069822204670

 

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan bantu pondok laksana projek pertanian

KOTA BHARU– Kerajaan PAS Kelantan memperuntukkan sebanyak RM300,000 tahun ini untuk membantu 13 buah pondok dan lima buah maahad tahfiz melaksanakan projek pertanian bagi menjana pendapatan. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, inisiatif yang dinamakan Gerakan Pertanian […]

Subscribe US Now