PKINK rancang sedia 5,000 peluang pekerjaan

webmaster

KOTA BHARU: Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menawarkan 5,000 pekerjaan kepada anak Kelantan dalam pelbagai bidang kerja tempoh 10 tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dr Wan Zawawi Wan Ismail berkata, ia merupakan perancangan dalam tempoh 10 tahun dalam bidang hartanah, pertanian dan perlombongan yang  memberi hasil kepada kerajaan negeri.

“Kalau rezeki dan pendapatan kita bertambah dalam tempoh 10 tahun lagi, kita boleh menyediakan 5,000 peluang pekerjaan kepada anak kelantan,” katanya.

50-thn-pkinkBeliau berkata demikian pada Sambutan 50 Tahun PKINK di Kelantan Trade Center (KTC) yang dirasmikan oleh Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob hari ini.

Wan Zawawi menjelaskan dalam tempoh 10 tahun, agensi kerajaan negeri itu bakal menjadi ‘pemain utama’ dalam beberapa bidang khususnya di Malaysia.

Pihaknya kini sedang berbincang bagi mengusahakan tanah seluas 8,000 hektar untuk mengusaha tanaman sawit di Nigeria dengan kepakaran yang ada.

Selain itu, PKINK juga baru sahaja memulakan operasi kilang sawit yang  memberi faedah kepada pengusaha kebun kecil di negeri ini.

“Kerana kita menawarkan harga yang lebih baik hanya perbezaan 10 sen 20 sen dan ia memberi kesan kepada pengusaha.

“Semua ini merupakan kejayaan yang kita kecapi pada hari ini dengan beberapa penambahbaikan yang sentiasa dilakukan agar semua rakyat dapat rasai,” katanya. – HARAKAHDAILY 5/11/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kerajaan Negeri sanggup ikat perut demi pendidikan

“Kerajaan Negeri Kelantan sanggup ikat perut bagi memastikan anak-anak kita (rakyat) mendapat pendidikan. Inilah ‘niche’, inilah keistimewaan, keunggulan Kerajaan Negeri Kelantan yang mempertahankan pendidikan Islam walaupun kita terpaksa meninggalkan pembangunan dari aspek yang lain,” Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Hassan. Silakan share jika bermanfaat....Facebook0TwitterPrint

Subscribe US Now