PKINK Santuni Golongan Yang Memerlukan

KOTA BHARU: Saranan Kerajaan Negeri untuk melihat Jabatan-jabatan dan Agensi-agensi Kerajaan Negeri, Institusi Masjid dan juga Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan menjayakan matlamat Kerajaan Negeri sebagai sebuah negeri berkebajikan telah pun terlaksana.

Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sekali lagi merealisasikan saranan tersebut dengan menyumbang wang saguhati kepada pengayuh beca sekitar Bandar Kota Bharu bagi meringankan beban mereka untuk menyambut hari raya.

Seramai 39 pengayuh beca telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dato’ Dr. Wan Zawawi Wan Ismail dalam satu majlis yang diadakan di Bilik Operasi, Bangunan PKINK disini.

Wan Zawawi berkata, sumbangan itu juga diberikan sebagai kebajikan pihaknya dalam membantu golongan yang memerlukan.

“Sumbangan ini juga sebagai simbolik kepada keprihatinan dan rasa tanggungjawab terhadap rakyat bagi memastikan kebajikan dan keharmonian rakyat senstiasa dijaga.

“Saya juga berharap agar masyarakat menjadikan sedekah ini sebagai satu amalan dalam kehidupan sesuai dengan tuntutan agama selain menyemai rasa tanggungjawab dalam membantu kebajikan dan mengekalkan keharmonian kita semua,” katanya.

Jelasnya lagi, penerima juga jangan lupa untuk berkongsi sumbangan dengan bersedekah walaupun dengan jumlah yang sedikit untuk mendapat keberkatan, kerana sesiapa sahaja layak untuk menderma mengikut kemampuan masing-masing.

Majlis itu turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Mazli Zakuan Mohd Noor dan Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, Ahmad Nazri Ismail.

Selain itu, PKINK turut menyumbang wang saguhati kepada anak istimewa anggota PKINK dan balu bekas anggota PKINK serta petugas am di PKINK.- FB Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan – PKINK 18 JUN 2017

(Visited 3 times, 1 visits today)

Add Comment