PKP 3.0: FAMA TAWAR BUKA 2 PST DI KELANTAN

webmaster

oleh Che Maziah Mat

KOTA BHARU, 4 Jun: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menawarkan untuk membuka dan menyelia
dua unit Pasar Segar Terkawal (PST) di Kelantan ketika pelaksanaan sekatan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Dalam satu kenyataan rasmi, FAMA memaklumkan produk agroniaga seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, ikan, hasil laut, daging, barangan runcit dan barangan asas tani boleh dipasarkan secara langsung kepada pembeli.

Antara PST terlibat ialah di tapak Pasar Tani Kekal di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong dan sebuah lagi di Pusat Operasi FAMA Machang.

Menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, YB Dato’ Haji Che Abdullah Mat Nawi, buat masa ini, 42 buah PST telah dibenarkan beroperasi di seluruh negara, antaranya Pasar Tani Kekal, Agrobazar, MyFarm Outlet dan Pusat Operasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang terpilih.

“Sudah empat hari, kita berada dalam pelaksanaan sekatan pergerakan penuh, walau bagaimanapun pihak kerajaan akan sentiasa memastikan operasi PST di seluruh negara mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Saya juga sangat berbesar hati dengan semangat usahawan kita, walaupun dalam tempoh sekatan pergerakan penuh seperti ini, mereka sentiasa berusaha memastikan proses rantaian makanan boleh beroperasi dengan baik ” katanya ketika meninjau PST Pasar Tani Kekal, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Penerima vaksin disaran bawa bekas ubat sebelum ke PPV

oleh Che Maziah Mat KOTA BHARU, 4 Jun: Penerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) disaran membawa bekas ubat-ubatan yang digunakan ke lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi mengenalpasti penyakit yang dialami. Menurut Pensyarah Program Bioperubatan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, usaha ini sangat […]

Subscribe US Now