PKP Covid -19 : Lima Belas Fakta Kelantan Prihatin Nasib Rakyat

webmaster

Berikut adalah ringkasan kepada beberapa pengumuman penting yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Kelantan apabila Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan Covid-19 bermula.

1. YAB Dato’ Menteri Besar mengumumkan peruntukan RM300 bagi setiap keluarga pesakit yang disahkan Positif Covid-19 (bagi golongan B40).

2. Kemudiannya bantuan RM300 kepada Keluarga di Bawah Pengawasan Berpusat (KUARANTIN) (Golongan B40) dan,

3. Bajet khas buat keluarga Covid-19 yang meninggal dunia adalah sebanyak RM500.

4. YAB Dato’ Bentara Kanan juga ada mengumumkan bantuan khas kepada kumpulan asnaf Fakir Miskin iaitu sebanyak RM675,000.00 yang mana RM200 wang tunai untuk 50 keluarga bagi setiap DUN akan diagihkan. Anggaran keseluruhan 45 DUN adalah 2,250 buah keluarga Fakir Miskin yang akan dibantu dengan jumlah peruntukan ini.

5. Manakala satu lagi bantuan adalah melalui MAIK yang akan membekalkan Bekalan Makanan Asas kepada 50 buah keluarga asnaf, juga di kesemua 45 DUN. Nilai barangan tersebut adalah RM100 setiap satunya.

6. Terus mengekalkan fokus keprihatinan kerajaan negeri kepada rakyat adalah dengan tiga kali pengumuman YAB Dato’ Menteri Besar berkaitan Bantuan Golongan Orang Tidak Berkemampuan dengan jumlah bajet RM 900,000.00 bagi Fasa Pertama, yang mana setiap DUN akan menerima jumlah RM20,000.00 melalui Tabung Serambi Mekah. Hal ini akan memudahkan Pusat Khidmat DUN menyediakan barangan keperluan harian kepada golongan yang memerlukan.

7. Bagi Fasa Kedua sejumlah RM900,000.00 lagi diperuntukkan kepada Pusat Khidmat DUN dengan menggunakan Peruntukan Kerajaan Negeri bagi tujuan yang sama seperti sebelumnya.

8. Dan berita gembira untuk rakyat di kampung berterusan apabila Kerajaan Negeri memutuskan untuk menyalurkan Sumbangan RM900,000.00 bagi Fasa Ketiga juga kepada Pusat Khidmat DUN. Ini membolehkan para penghulu membantu rakyat secara lebih meluas dan capaian yang lebih merata.

9. Lebih menarik apabila YAB MB, TMB dan Exco Kerajaan Negeri telah menyumbangkan DUA BULAN GAJI mereka untuk dimasukkan ke Tabung Serambi Mekah (kebajikan rakyat) sepanjang PKP Covid-19 ini. Terima kasih setingginya kami rakyat ucapkan.

10. Dan Kerajaan Negeri seterusnya mengumumkan “Inisiatif bagi pelaksanaan Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat Negeri Kelantan bernilai RM 29 Juta” yang mana telah disebutkan dalam para di atas mengenai “Peruntukan Khas” kali ketiga sebanyak RM20 Ribu sebagai Bantuan Rakyat akan disalurkan kepada semua Pusat Khidmat DUN (PKD). Keseluruhan bajet untuk Tiga Fasa adalah RM900,000.00 X 3 yang bersamaan RM2.7 juta.

11. Kemudiannya adalah ”Pemberian tunai RM 500 (secara one off) kepada penjawat awam Negeri Kelantan dan RM 250 bagi kakitangan Lantikan Politik”. Ini selaras dengan bantuan Kerajaan Pusat kepada semua staf di bawah agensi dan jabatannya, maka seperti biasa Kerajaan Negeri akan menyediakan bantuan yang sama kepada staf di bawah agensi dan jabatan peringkat kerajaan negeri.

12. Kerajaan Negeri juga membuat pengecualian sewa premis Kerajaan termasuk Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Selama dua (2) bulan bagi Peniaga Kecil Sahaja yang mana sewa tersebut akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri.

13. Elaun Khas RM 300 (secara One Off) juga diberikan kepada petugas barisan hadapan Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan dalam sektor pembersihan dan penguatkuasaan termasuk penghulu, penggawa dan kakitangan pejabat penggawa.

14. Pemberian Bantuan Belanjawan Mengurus kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengimbangi jangkaan defisit PBT disebabkan impak pengecualian sewa premis serta operasi tambahan Covid-19 yang ditanggung.

15. Kelantan juga akan mengumumkan inisiatif dan pelan lain nantinya dalam memastikan semua pihak terbela dan dijaga kebajikannya pada masa akan datang.

Ini semua adalah sebagai ringkasan kepada beberapa pengumuman yang telah dibuat oleh YAB Dato’ Menteri Besar dalam usaha meringankan bebanan rakyat sepanjang PKP Covid-19. Alhamdulillah kita dipimpin oleh Kerajaan yang sentiasa prihatin kepada kebajikan rakyat terbanyak, meskipun tidak mempunyai dana besar seperti negeri negeri yang lainnya.

Insyaallah rakyat akan terus menyokong gagasan “Merakyat Membangun Bersama Islam”

Nazman Che Iberahim

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

COVID-19: ALLAH RAISE THE RANKS OF KNOWLEDGEABLE PEOPLE

by Dato’ Professor Emeritus Dr Hashim Yaacob FRCPath, Dip Islam Stud (UIAM), and Adi Sukma LLB (Reading). The government has made it known that on the 7th of April 2020, the number of new Covid-19 cases stood at 170, compared with that at 131 on the 6th of April. This […]

Subscribe US Now