PKP dan Puasa

Semalam Perdana Menteri telah mengumumkan lanjutan PKP sehingga 28 April 2020. Lanjutan ini telah mengundang pelbagai reaksi.

Saya yakin keputusan ini di buat berdasarkan pertimbangan yang menyeluruh. Tentunya pandangan pakar-pakar di ambil kira.

Melihat kepada laporan beberapa media, kita di iktiraf antara negara terbaik di dunia dalam menguruskan pandemik ini. Graf kes baru agak mendatar manakala kes yang sembuh semakin meningkat. Tahniah dan terima kasih kepada pihak KKM. Tidak ketinggalan barisan hadapan dan semestinya seluruh rakyat Malaysia.

PKP kali ini juga terdapatnya Ramadhan. Ramadhan kali ini tentunya akan ada perbezaan. Yang pastinya kita tidak akan dapat bertarawih di masjid. Namun begitu, tarawih masih boleh di lakukan di rumah. Berjemaah bersama keluarga.

Saya juga ingin mengingatkan supaya kita terus kekal di rumah. Patuhi PKP dan In sya Allah inilah PKP terakhir kita. Perbanyakkan doa agar wabak ini di angkat oleh Allah SWT.

Seperti mana kata Perdana Menteri #AndaSemuaAdalahHebat. Semoga akhirnya #KitaMenang.

#DoaDanMunajat
#LawanCovid19

Abdul Latiff Abdul Rahman
Ahli Parlimen Kuala Krai
17 Syaaban 1441
11 April 2020

Sumber: https://www.facebook.com/UstazLatiff4KualaKrai/posts/3120128761363896

(Visited 1 times, 1 visits today)

Add Comment