PKP DI KELANTAN JIKA KES SEMAKIN MENINGKAT

webmaster

oleh Che Maziah Mat

KOTA BHARU– Kerajaan Negeri menggesa semua rakyat agar terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikenakan di negeri ini, bagi mengelakkan penularan pandemik Covid-19 secara berterusan.

Kerajaan Negeri juga tidak akan teragak-agak untuk mengetatkan lagi larangan pergerakan dengan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini jika kes semakin meningkat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, YB Dr. Izani Husin berkata, seluruh jajahan di Kelantan telah di kenakan zon merah dan kes telah meningkat kepada 62% semenjak tiga hari lepas.

Sebanyak 14 daripada 18 kluster adalah berasal dari zon merah. Beliau berkata demikian pada sidang media sejurus selesai Mesyuarat Jawatakuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) yang dipengerusikan oleh YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan bertempat di Bilik Gerakan SUK.

Dalam perkembangan lain, mana-mana individu yang ingin masuk ke Kelantan perlulah membuat ujian saringan Covid-19 di negeri masing-masing sebelum mengemukakan keputusan ujian berkenaan kepada pihak polis di sekatan jalan raya yang berkaitan.

“Mereka perlu mengemukakan keputusan ujian ketika sekatan jalan di pintu masuk negeri ini termasuk lapangan terbang.

Pada masa sama, mereka akan dipakaikan gelang merah jambu dan perlu menjalani kuarantin selama 10 hari di rumah” katanya.

Dalam hal yang berkaitan tambahnya lagi, sebarang majlis keraian juga tidak dibenarkan di negeri ini melainkan majlis akad nikah yang hanya boleh dihadiri 20 orang sahaja. Selain itu, pusat rekreasi di Kelantan juga ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pihak berkuasa akan meningkatkan penguatkuasaan dan meminta orang ramai supaya sentiasa kekal berada di rumah jika tiada hal penting agar penularan kes ini dapat dikurangkan.- UPKN KELANTAN 12/1/2021

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

6750 ISTERI BAKAL TERIMA SKIM CAKNO SURI

oleh Norzana Razaly Kerajaan Negeri Kelantan terus mengotakan satu per satu janjinya demi kebaikan dan kesejahteraan hidup rakyat negeri ini. Bagi meraikan penghargaan kepada suri rumah atas segala pengorbanan mereka dalam melahirkan dan membentuk generasi hari ini, Kerajaan Negeri memperkenalkan Skim Cakno Suri. Seramai 6,750 suri rumah di seluruh Kelantan […]

Subscribe US Now