PKS PERLU PERSIAP DIRI GUNA TEKNOLOGI DIGITAL

webmaster

oleh Che Maziah Mat

KOTA BHARU – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyarankan agar usahawan PKS dan Mikro mempersiapkan diri melalui penggunaan teknologi digital bagi menghadapi senario perniagaan yang berbeza khususnya selepas tamat tempoh PKP memandangkan tidak mudah untuk menganggap keadaan akan kembali seperti biasa selepas pandemic wabak Covid-19 berakhir. Beliau berucap merasmikan Program Townhall YB Menteri MEDAC Bersama Persatuan/Dewan Perniagaan Kelantan di sebuah hotel terkemuka di sini hari ini.

Sesi ini diadakan bagi membolehkan Menteri MEDAC mendapatkan maklumbalas secara terus dari para usahawan di negeri Kelantan berdasarkan bancian daripada 907,065 PKS di seluruh negara, sebanyak 46,260 atau 5.1 peratus daripada PKS yang berdaftar beroperasi di negeri Kelantan.

Pandemik Covid-19 secara tidak langsung telah melonjakkan penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian. Pendigitalan merupakan elemen penting bukan sahaja untuk memulihkan perniagaan, bahkan juga untuk memulakan sesuatu perniagaan.

“Covid-19 telah mengubah gaya hidup kita semua, dengan pergerakan dan pertemuan yang terhad, penggunaan aplikasi digital semakin meluas. Ini sekaligus mendorong dan menjadi pemangkin untuk meningkatkan keupayaan penggunaan teknologi maklumat,” ujar YB Dato Sri Haji Wan Junaidi.

Tahun lalu, MEDAC menerusi SME Corp. Malaysia memainkan peranan dalam memudahcara 7,851 perusahaan mikro, termasuk usahawan Bumiputera untuk mengadaptasi teknologi digital (e-dagang) dalam operasi perniagaan masing-masing menerusi Program Micro Connector

Program Micro Connector merupakan salah satu inisiatif oleh SME Corp. Malaysia bagi membangunkan perusahaan mikro dan komuniti isi rumah yang memperolehi pendapatan 40 peratus terendah (B40) di negara ini.

Program ini bertujuan untuk memberikan bantuan peringat awal kepada perusahaan mikro dalam menubuhkan dan menjalankan perniagaan serta melatih komuniti B40 untuk mendapatkan kemahiran baharu untuk menjana pendapatan melalui keusahawanan.

Di bawah program Micro Connector ini juga, SME Corp. Malaysia bekerjasama dengan Warong Rider iaitu satu platform servis penghantaran makanan dan barangan yang dapat membantu golongan belia, peniaga dan penjaja kecil di seluruh Malaysia untuk memasarkan pelbagai produk di kawasan setempat.

SME Corp. Malaysia juga melaksanakan Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) bertujuan meningkatkan daya saing PKS Bumiputera menerusi bantuan bersepadu yang meliputi khidmat nasihat, bantuan teknikal, latihan dan sokongan kewangan dalam bentuk geran bersamaan.
Sehingga Disember 2020, sejumlah 1,212 permohonan telah diluluskan dengan nilai geran berjumlah RM 175.4 juta di bawah program BEEP. Bagi negeri Kelantan, sejumlah 80 permohonan telah diluluskan dengan nilai geran berjumlah RM 7.01 juta.

Bagi mengetahui maklumat terkini bantuan yang disediakan serta mendapatkan maklumat tentang pelbagai topik berkaitan pengurusan perniagaan, PKS boleh melayari laman sesawang rasmi SME Corp. Malaysia (www.smecorp.gov.my) dan saluran media sosial rasmi SME Corp. Malaysia.

Majlis tersebut turut dihadari Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan, YB Dato’ Haji Hanifa Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), YBhg. Dato’ Suriani Dato’ Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp. Malaysia, YBrs. Rizal Nainy.

Dalam majlis tersebut, YB Menteri turut menyerahkan Mock-Up Cheque kepada Syarikat Penerima Geran Program BEEP iaitu Q Eight Enterprise, E One Tayar Enterprise, Janimaru Enterprise, Gieman Enterprise, Iqra Jaya Mart, SK Frozen & Trading Sdn Bhd dan Imanni Legacy Sdn Bhd.- UPKN KELANTAN 7/3/21

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

KREATIVITI GURU TADIKA DIPUJI

oleh Norzana Razaly Saban tahun, 8 Mac diraikan sebagai Hari Wanita Sedunia. Selain ibu, para guru selaku wanita pertama yang mendidik kita secara formal adalah antara insan teristimewa dalam diari kehidupan setelah dewasa. Pengarang mengambil peluang merakam detik manis 17 guru Tadika Tengku Anis 1 (TTA) yang kreatif mencipta momen […]

Subscribe US Now