PKWK turut bantu OKU wanita Kelantan

webmaster

PERSATUAN Kemahiran Wanita Kelantan (PKWK) membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan armalah dengan menyediakan pusat latihan khas untuk mereka.

Usaha itu mendapat kerjasama penuh  Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sejak 1 Mei lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Negeri, Mumtaz Md Nawi berkata, pusat  Latihan Wanita OKU dan Armalah (PLWOA) beroperasi di Bazar Buloh Kubu.

“Ia dipersembahkan dengan dekorasi istimewa bagi memberikan keselesaan kepada pelatih di sana.

“Pusat Latihan Wanita OKU dan armalah mempunyai tiga ruang khas terdiri daripada Galeri Bakat Hajjah Kalthom Othman, Dewan Seminar Datin Siti Zabidah dan Anjung Kreatif Datin Tuan Sabariah,” ujarnya.

Tambahnya, ia memiliki memiliki fasiliti seperti nurseri, pantri, ruang kulinari, ruang rehat, bilik persalinan dan tandas OKU.

Seramai 363 orang telah tamat belajar dalam bidang jahitan di PPWK untuk tahun ini.

Perasmian majlis itu disempurnakan isteri Menteri Besar, Datin Siti Zabedah Abdul Hamid. – HARAKAHDAILY 3/10/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

MPKB lupus barang larangan

MAJLIS Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) melupuskan barangan yang dilarang penjualannya seperti sisha dan minuman keras di negeri ini selaras dengan peraturan kerajaan negeri. Yang Dipertua MPKB-BRI, Datuk Zamri Ismail berkata, nilai rampasan yang dianggarkan sebanyak RM100,000 berupa barangan sisha, minuman keras termasuk meja, kerusi dan barangan lain. Menurutnya, pihak […]

Subscribe US Now