Polis puji sikap rakyat Kelantan

KOTA BHARU – Polis Kelantan memuji sikap masyarakat di negeri ini yang tidak lokek menyalurkan maklumat berkaitan jenayah sekali gus membantu kejayaan polis menyelesaikan kes senjata api tiga tahun kebelakangan ini.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Din Ahmad berkata, daripada 2016 sehingga Mac tahun ini, polis berjaya merampas 52 senjata api dan kejayaan itu adalah hasil kerjasama erat ditunjukkan masyarakat di Kelantan.

“Penjenayah berasal daripada anggota masyarakat, jadi polis perlukan kerjasama daripada masyakat itu sendiri dalam usaha menyalurkan maklumat untuk membanteras penjenayah.

“Di Kelantan, kami tidak sukar mendapat maklumat kerana anggota masyarakat di negeri ini sangat bekerjasama dengan polis dalam menyampaikan maklumat demi kesejahteraan bersama,” katanya selepas Sambutan Hari Polis ke-211 Peringkat Kontinjen Kelantan, hari ini. SINAR HARIAN 25 MAC 2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
76Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment