PONDOK MODEN, PUSAT PELANCONGAN IBADAH

webmaster

oleh Norzana Razaly

BACHOK – Kerajaan Negeri Kelantan giat memperkasa semula agenda pelancongan domestik khususnya selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak pandemik Covid-I9.

Sehubungan itu, ketua keluarga disarankan membawa anak-anak mengenali kaedah pembelajaran alternatif dengan berkunjung ke pusat pelancongan ibadah di Pondok Moden, Kandis yang mesra pertanian.

Pusat pengajian Islam itu didirikan di atas sebidang tanah seluas 56 hektar dan menjadi perintis pondok yang bersistem dan menurut gaya baharu dilengkapi kebun kelapa dan buah-buahan di Kampung Telong, Kandis.

Pengajian Pondok yang beroperasi sejak 11 Februari 1984, bermatlamat untuk terus menjadi penggerak kepada perkembangan keilmuan berasaskan sistem pengajian pondok dan sistem pembelajaran akademik.

Menurut Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kelantan, YB Dato’ Mumtaz Md Nawi yang mengulas ringkas peranan ayah sebagai ketua keluarga mestilah kreatif merancang aktiviti kepada ahli famili supaya anak-anak suka berada dalam lingkungan keluarga sendiri berbanding berpeleseran bersama rakan sebaya.

“Membawa anak-anak ke pusat pelancongan ibadah amat digalakkan dan eloklah bermula dengan menziarahi pondok moden.

“Hal ini dapat mendedahkan mereka kepada gaya dan sistem pendidikan ulama silam yang sesuai dengan peredaran zaman”, katanya selepas sesi menjunjung kasih menerima korban dua ekor lembu sado daripada wakil YBM Tengku Puan Temenggong Kelantan Darul Naim Puan Sri Dato’ Tunku Noor Hayati binti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, D.J.M.K.

Daging korban tersebut diagihkan kepada pihak pengurusan Pengajian Tinggi Pondok Moden dan pelajarnya serta golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) sekitar jajahan Bachok dekat sini pagi tadi.

Turut hadir Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, YB Ustaz Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pelantikan Jawatankuasa Koordinator ECRL Negeri Kelantan

KOTA BHARU – Menteri Besar, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob menyampaikan surat pelantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Koordinator Kerja Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti, YB Dato’ Sr. Azami Mohd Nor di Pejabat Menteri Besar, Kompleks […]

Subscribe US Now