Pondok sokong agenda penyatuan ummah

KOTA BHARU: Kira-kira 50 pondok dari seluruh negara menyatakan sokongan terhadap agenda penyatuan ummah bagi menolak sebarang usaha menghakis kesucian Islam dan kedaulatan bangsa.

Ustaz Syairazi Atiqullah ketika membentang resolusi Ijtimak Pondok Se-Malaysia.

Setiausaha Pusat Pembangunan Pondok Bhd Ustaz Ahmad Syairazi Atiqullah berkata, ijtimak pondok turut bersepakat menolak penularan liberalisme, pluralisme dan envangelisme.

Katanya, institusi pondok menolak sebarang usaha yang dilakukan mana-mana pihak untuk menghakis kedaulatan Islam dan Melayu seperti ratifikasi ICERD, Statut ROM, agenda liberal dan evangelis.

“Kami bersepakat menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak sama ada kerajaan atau bukan kerajaan selagi usaha itu selari dengan dasar yang diperjuangkan institusi pondok,” katanya di sini.

Baru-baru ini diadakan persidangan meja bulat Ijtimak Pondok Se-Malaysia di Kelantan Trade Centre yang turut dihadiri wakil pondok seluruh negara termasuk selatan Thailand. – HARAKAHDAILY 28/5/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/11290-pondok-sokong-agenda-penyatuan-ummah

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment