Pondok tawar pakej pelancongan ilmu

BACHOK: Pelancong yang berminat mendalami ilmu agama di Kelantan berpeluang menimba ilmu melalui pakej pelancongan disediakan di Pusat Pengajian Pondok Kandis.

Masjid Pusat Pengajian Pondok KandisPondok tersebut terletak di Kampung Kandis di laluan Bachok ke Tok Bali, Pasir Puteh.

Ketua Pendaftar Pusat Pengajian Pondok Ustaz Zamri Zahari berkata, usaha tersebut tertumpu kepada pakej melancong sambil belajar secara sistem pondok.

“Kami sudah selesai membina empat rumah pondok yang boleh didiami pelancong untuk mendalami ilmu agama ketika bertandang ke Kelantan.

“Dalam perancangan kita merancang membina sebanyak 20 pondok di samping wakaf dan laluan ke masjid. Pembinaan empat rumah pondok sebagai permulaan,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya pembinaan empat rumah pondok tersebut hasil peruntukan daripada kerajaan negeri sebanyak RM100,000.

Kata beliau juga pondok pelancongan akan dibangunkan projek agro pelancongan dengan usahasama Syarikat Kelantan Biotech Sdn Bhd.– HARAKAHDAILY 9/1/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/9354-pondok-tawar-pakej-pelancongan-ilmu

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment