Pra Himpunan Akta 355 di Machang esok

webmaster

KOTA BHARU: Sebelum berlangsung himpunan menyokong Akta 355 di Dataran Merdeka 18 Februari hadapan, pra-himpunan akan diadakan di Machang malam esok.

Jerayawara (Roadshow) Himpunan 355 akan dilangsungkan di Padang Majlis Daerah Machang bermula solat Isyak.

Penerangan isu Akta 355 itu dianjurkan kerajaan negeri yang menampilkan Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Selain itu anggota Exco kerajaan negeri Datuk Nassurudin Daud dan anggota parlimen Kota Bharu yang juga seorang peguam, Datuk Takiyuddin Hassan.

Pada 24 November lepas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membentang kali kedua usul persendirian berkaitan RUU 355 mengenai bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Usul kali kedua itu berbeza sedikit berbanding usul yang dibentang pada persidangan parlimen sebelum itu.

Pada Mac 2015 Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II)(1993). – HARAKAHDAILY 11/1/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pemuda PAS gembleng tenaga pembangkang

KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Kelantan merintis usaha menggembleng tenaga pembangkang bagi menghadapi Pilihan raya Umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi. Ceramah Mega Anak Muda akhir Disember lepas berjaya menampilkan pemimpin utama PAS, PKR, Ikatan dan Bersatu berkongsi pentas di sini. Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari berkata beberapa […]

Subscribe US Now