Premis shisha, karaoke tidak dibenar operasi

KOTA BHARU: Premis menjual shisha dan mengadakan karaoke tidak dibenarkan beroperasi di Kelantan dalam usaha mengawal gejala sosial.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, sekiranya tidak dikawal ia akan memberi kesan kepada peningkatan gejala sosial dalam kalangan remaja.

“Mereka lepak beramai-ramai untuk berhibur dan menghisap shisha sehingga jam 2 pagi di kedai berkenaan.

“Bila pulang lewat tentunya mereka akan terdedah dengan gejala yang tidak sihat,” ujarnya selepas majlis angkat sumpah Ahli-Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam di sini semalam. – HARAKAHDAILY 14/1/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/9395-premis-shisha-karaoke-tidak-dibenar-operasi

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
241Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment