PRK Nenggiri perlu lihat segenap aspek – Speaker

webmaster

DEWAN Undangan Negeri Kelantan (DUN) akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat bagi menentukan keperluan pilihan raya kecil Dun Nenggiri atau sebaliknya.

Speaker Dun, Datuk Abdullah Ya’kub berkata perbincangan diadakan bagi melihat segenap sudut kemungkinan atau sebaliknya PRK tersebut.

“Ini kerana kebiasaan selepas tiga tahun tarikh pilihan raya umum lepas berlalu, tiada lagi PRK biarpun ada kekosongan berlaku.

“Biar pun semalam ada kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya yang mengatakan terpulang kepada Speaker untuk mengadakan PRK di Nenggiri,” katanya ketika ditemui di Ketereh, malam tadi.

Sebelum itu beliau menghadiri tadarus al-Quran peringkat parlimen Ketereh di dewan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.

Hadir sama anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, Adun Melor, Dr Yusnan Yusof, Adun Pulai Chondong, Zulkifli Mamat, Penyelia Dun Kok Lanas, Nik Mahadi Nik Mahmood dan Yang Dipertua Pas Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh.

Khamis lepas Speaker  mengisytiharkan Dun Nenggiri kosong berikutan Adunnya Datuk Mat Yusof Abdul Ghani diisytihar muflis oleh Jabatan Insolvensi.

Difahamkan wakil rakyat BN terbabit tidak dapat menjelaskan hutang bank berjumlah jutaan ringgit.

Pengarah SPR Kelantan, Fakhrul Razi Ab Wahab sebelum ini dilaporkan berkata PRK tidak semestinya wajib diadakan selepas melebihi tempoh tiga tahun.

Namun katanya apa pun bergantung kepada keputusan Speaker sama ada diadakan PRK atau tidak.

Abdullah juga berkata kerusi Dun Nenggiri tidak lagi diwakili pada persidangan Dun yang dijangka diadakan pada Julai depan. – HARAKAHDAILY 3/6/2017      

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Tujuh tahfiz syahid kecil: Mufti

KOTA BHARU – Tujuh pelajar tahfiz yang meninggal dunia dalam kemalangan di Kuala Krai, kelmarin, boleh dikategorikan syahid kecil. Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, selain kecelakaan jalan raya, umat Islam yang maut akibat mati lemas dan wanita meninggal ketika bersalin juga boleh dikategorikan antara syahid akhirat. “Tetapi bukanlah […]

Subscribe US Now