KOTA BHARU – “Hanya produk dari negeri Serambi Mekah dapat selamatkan Kota Mekah,” kata usahawan Azmi Abdul Jalil, 62, dari Kampung Dusun, Kota Bharu yang berjaya membantu Kerajaan Arab Saudi menangani fenomena serangan Serangga Hitam di Mekah pada tahun 2019.
Katanya, dengan izin Allah SWT, selepas dua hari menggunakan Semburan Organik Serbaguna Al Muslih di dalam Baitullah dan Masjidil haram, serangga tersebut tidak wujud sehingga hari ini.
Tambahnya, sebelum itu ramai pakar serangga dari merata negara telah cuba membantu dengan menyembur pelbagai bahan kimia dan sintetik, namun mereka gagal mengusir serangga tersebut.
Beliau yang juga dikenali dengan nama Azmi Al Muslih berkata, produknya itu mempunyai tiga ciri utama iaitu apabila disembur kepada manusia ia menjadi penawar kepada penyakit kulit.
“Sebaliknya ia adalah racun serta penghindar kepada semua jenis serangga, tapi bila disembur kepada tanaman ia adalah penggalak tumbuhan atau pun baja,” katanya semasa ditemui di Carnival New Brand Best of Kelantan pada 30 Mac lalu.
Sebagai rekod, produk keluaran AL MUSLIH SOLUTION SDN BHD telah didaftarkan dengan Matrade sejak awal 2018 dan telah menyertai pelbagai karnival di luar negara seperti Winter Fair 2018 di Shanghai, Karnival di Guangzhou.
Penghujung tahun ini, beliau diundang oleh Kementerian Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Emeriah Arab Bersatu (UAE ) untuk menghadiri Middle East Natural and Organic Expo di Dubai World Trade Centre, Dubai pada 11,12 dan 13 Dis 2023.